KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 2 April 2012

Bila Pencacai Bersuara : FAM dan Sekutu Merosakkan Bola Sepak Negara.

Monday, April 2, 2012

Ada agenda tersembunyi, menyembunyikan penyelewengan ataupun ingin menjatuhkan orang yang cuba membawa revolusi dalam persatuan yang dilihat sudah tidak relevan.


Itulah yang cuba dilakukan oleh beberapa kerat yang dilantik oleh perwakilan kepada mereka yang benar-benar ikhlas untuk menaikkan sukan nombor satu kegemaran rakyat Malaysia.

Nyata rupanya kenaikan kembali bola sepak negara telah dapat menyembunyikan seketika sikap busuk FAM namun kini ianya akan pecah dan berbau hebat di serata negara.

Bukan menyokong Tan Sri Annuar Musa seratus peratus, bukan juga ingin menunjukkan keburukan persatuan tersebut di kaca mata penyokong dan pemerhati tetapi inilah situasi yang terjadi dalam pentadbiran persatuan tersebut.

Sikap bodoh sombong, menggunakan kuasa yang ada demi kepentingan kocek selain "memilikkan" persatuan yang bukan milik mereka nyata tidak dapat diterima.

Justeru itu, penyelewengan dan pengkhianatan yang telah dilakukan segelintir pihak itu wajar diberi perhatian serius oleh pendukung bola sepak negara kerana kitalah juri yang menentukan hala tuju sukan ini di negara kita, bukan mereka yang dilantik untuk duduk selesa dalam bilik seluas mata memandang.

Biar tidak dibayar gaji tetapi demi nama baik, para penyokong perlu bangkit untuk menunjukkan kepada mereka diatas untuk berundur jika dirasakan tidak lagi sesuai memangku tugas yang diamanahkan.

Jangan mengambil gaji tanpa cukai semata-mata untuk hidup kerana duit itu lambat laun akan menjadi racun membunuh.

Pada masa sekarang, penulis belum mahu mendedahkan dengan teliti penyelewengan FAM yang diperoleh dari sumber terdekat cuma mahu memberi amaran bahawa setiap perkara yang berlaku tidak mungkin akan menutup perjuangan rakyat untuk melihat bola sepak kebangsaan kembali digeruni di peringkat antarabangsa.

Revolusi perlu dilakukan dalam pentadbiran FAM untuk kemajuan. Penulis dan rakan-rakan tidak akan berundur dari terus memberi tekanan agar pihak yang berada didalam persatuan tersebut akhirnya mengakui bahawa mereka telah mengkhianat perjalanan sukan bola sepak sejak sekian lama.

sumber:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular