KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 17 April 2012

Misi Ghaddar Gegar Kubu T-Team


Share7
GHADDAR
Tarikh perpindahan dan pengambilan pemain import baru sahaja tamat pada 16 april 2012, desas-desus atau rumus yang ditimbulkan berkaitan Kelantan sudahpun terjawab apabila Kelantan hanya membuat pertukaran tempat antara Nwoha dan Ghaddar dimana Ghaddar dipilih menyertai kembali skuad liga super dan piala lain termasuk Piala AFC, FA dan Piala Malaysia manakala Nwoha hanya terikat dengan tugasan piala AFC yang berbaki dua perlawanan sahaja lagi.
Kehebatan Ghaddar meledakkan gol hatrik dalam kancah perlawanan Piala AFC telah menarik minat seluruh penyokong dan barisan kepimpinan bolasepak Kelantan untuk memilih pemain ini. Namun adakah pemain ini akan terus mampu menjaringkan gol dalam saingan Liga Super juga menjadi persoalan setelah peluang bermain diawal saingan Liga Super pemain ini gagal menjaringkan gol kecuali gol dua gol penalti. Prestasi semasa pemain ini juga telah diambil kira untuk memastikan pemain berbisa ini terus dimanfaatkan sebaik mungkin dalam prestasi terbaiknya sekarang.
Tugas berat menanti Ghaddar pada malam ini apabila sabtu lalu Kelantan berputih mata kerana terpaksa berkongsi mata meskipun telah mendahului lawan sepanjang 70 minit perlawanan berlangsung. Penyudah tumpul dan kawalan barisan yang lemah yang ditunjukkan oleh barisan pemain sabtu lalu cukup mengecewakan penyokong yang hadir.
Jika tahun lalu Kelantan tewas kepada T-Team di Kuala Terengganu,  pada malam ini semua kesebelasan pemain Kelantan harus memadam rekod buruk ini dan Ghaddar perlu membuktikan KAFA membuat pilihan yang betul dalam keputusan memilih dirinya bersama skuad Liga Super. Namun peminat Kelantan berharap Ghaddar mengubah sikapnya di atas padang seperti tidak terlalu lama mengawal bola dan bermain secara berpasukan dengan mengurangkan gerakan solo yang kekadang banyak mensia-siakan peluang gol yang mampu dihasilkan rakan-rakan lain.
farhantteam
Misi untuk Kelantan kembali ke tahta liga mungkin agak sukar semenjak Lion XII mendapat mandat yang selesa mendahului pasukan lain dalam mengumpul mata dan lebih jumlah perlawanan. Impian seluruh penyokong Kelantan ingin melihat gandingan Norshahrul dan Muhd Ghaddar cepat menemui keserasian biarpun Norfarhan, Indra dan Piya sentiasa sedia membantu Ghaddar dengan baik sepertimana dalam dua siri perlawanan Piala AFC lalu.
Sama-sama kita nantikan mampukah Ghaddar menambah koleksi jaringan Liga Super daripada dua gol sekarang. Kemenangan ini amat penting disaat Kelantan ingin mengejar Lion XII dan dikejar rapat Terengganu. Semua peminat Kelantan turut sedia berkongsi keletihan semua pemain, mereka hanya mengharapkan kebangkitan pemain-pemain menidakkan kehebatan pasukan lawan.
PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG LAWAN. GOMO KELATE GOMO.
Barisan Kemungkinan:
Shahrizan, Obinna, Daudsu, S Subramaniam, Zairul Fitree, Piya, Indra Putra, Shakir, Nurul Azwan Roya, Norshahrul, Muhd Ghaddar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular