KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 11 Oktober 2010

Saingan Suku Akhir Piala Malaysia.


Selangor mln Kelantan

Perlawanan tumpuan suku akhir kali ini setelah dua pasukan diatas menampilkan aksi konsisten sejak dari permulaan Liga Malaysia 2010. Selangor, juara Piala Malaysia 32 kali diundi bertemu Kelantan, pasukan sedang meningkat naik tiga tahun kebelakangan ini. Ramai pihak menantikan aksi kedua-dua pasukan setelah perlawanan sebelum ini disajikan dengan aksi menarik. Selangor dan Kelantan bertemu dua kali dalam saingan liga pada tahun ini dengan kesudahan terikat seri di Shah Alam dan Kota Bharu. Kelantan masih menantikan satu piala utama dibawa balik ke negeri Cik Siti Wan Kembang, mahu tidak mahu halangan Selangor wajib dilepasi manakala Sang Gergasi Merah pula pasti ingin mencipta kemenangan untuk meneruskan penguasaan mereka dalam kancah bola sepak negara selepas berjaya menjulang takhta Liga Super.

*Pasukan Pilihan RedsFC-News: Kelantan

Terengganu mln Kedah

Terengganu yang mengharapkan kemenangan pada saat akhir untuk mengesahkan tempat mereka ke suku akhir pula bakal berdepan mantan double treble, Kedah dalam satu lagi perlawanan tumpuan Piala Malaysia. Terengganu menampilkan aksi longgar dalam pusingan pertama tetapi kembali bangkit pada perlawanan pusingan kedua. Kedah pula seperti diramalkan, mudah melepasi peringkat kumpulan untuk mengiringi Johor FC. Peluang seimbang diperolehi kedua-dua pasukan dimana Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri untuk menumpaskan pasukan lawan. Percaturan taktikal Irfan Bakti dan Ahmad Yusof menjadi penentu sama ada Sang Penyu berenang riang atau Sang Kenari terbang tinggi menjulang angkasa.

*Pasukan Pilihan RedsFC-News: Terengganu

Negeri Sembilan mln Perlis

Laluan mudah sebenarnya buat juara bertahanan, Negeri Sembilan apabila diundi menentang Perlis dalam saingan suku akhir kali ini. Negeri Sembilan menunjukkan aksi berlainan dari saingan liga apabila kekal konsisten dalam setiap perlawanan yang dilalui mereka. Kekuatan skuad Jang dalam saingan Piala memang tidak boleh dinafikan setelah menjadi pemenang Piala FA sebelum ini. Manakala Perlis pula masih lagi terkial-kial mencari persefahaman mantap setelah banyak masalah melanda pasukan mereka bermula dari pemain, pihak pengurusan dan persatuan bola sepak. Mengharapkan nasib untuk melepaskan diri, peluang Singa Utara untuk ke separuh akhir tidak tinggi tetapi mereka pasti bermain sehabis daya untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian musim lepas layak ke saingan empat terakhir.

*Pasukan Pilihan RedsFC-News: Negeri Sembilan

Johor FC mln Pahang

Satu-satunya kelab yang menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga. Mereka meneruskan pengusaan dalam Piala Malaysia apabila menjuarai saingan kumpulan seterusnya menempah tempat melawan Pahang. Tidak dinafikan, Lebah merupakan pasukan konsisten dalam liga Malaysia selepas gah menuju ke peringkat suku akhir mengenepikan cabaran pasukan negeri. Peluang mereka terbuka luas kali ini untuk ke separuh akhir selepas diundi melawan Pahang, pasukan yang diselamatkan oleh tangan ajaib dari jatuh ke divisen dua, Tok Gajah menutup mulut pengkritik bahawa skuad mereka tahun ini tidak mempunyai harapan kekal. Selain terus bersaing dalam Liga Super musim depan, mereka turut layak ke suku akhir selepas memberi persembahan baik dalam saingan kumpulan. Walau tewas pada perlawanan terakhir kepada Terengganu, kedudukan mereka di peringkat kalah mati tidak mampu dicabar pasukan tetangga lain. Oleh itu, tidak mustahil mereka akan dapat melepasi suku akhir ini dengan menundukkan Johor FC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular