KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 6 Oktober 2010

Bangkit Segera Perwira Merah


Pemain Red Warriors diseru bangkit mempamerkan persembahan bertenaga ketika menentang PKNS FC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Permulaannya ialah pada malam ini dimana pemain Kelantan mesti memberikan persembahan terbaik mereka untuk memadamkan kritikan dari pihak penyokong dan orang luar.

Mereka perlu segera memberikan aksi 100% kerana kealpaan dalam empat perlawanan terakhir menjadi bukti betapa Sang Kijang kini bagaikan sudah kehilangan bisa untuk melompat gah dalam kancah Liga Malaysia.

Permulaan yang tidak memberangsangkan akibat kekurangan motivasi disamping masalah yang dicetuskan penyokong menjadi antara punca mengapa skuad Kelantan lesu dalam setiap perlawanan.

Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kepada pasukan yang memberikan persembahan konsisten dalam saingan liga kerana kebanyakan pasukan yang memberikan persembahan baik terus mengekalkan momentum mereka sehingga tamatnya semusim kejohanan.

Tetapi tidak pada Kelantan, persembahan bertenaga mereka sehingga mendapat pujian dari pelbagai pihak bagaikan menjadi beban berat untuk disandang sehinggakan tidak mampu digalas oleh pemain dalam kejohanan seterusnya.

Status antara pasukan pilihan memberikan kesan tidak baik kepada pemain walaupun skuad Kelantan ketika ini menggunakan ramai bintang yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak Negara.

Oleh itu, pihak pengurusan ataupun pemain harus segera bangun dari lena agar segala tohmahan yang dilemparkan dapat dilontarkan kembali kepada segelintir pihak yang mengecam mereka sepanjang kempem Piala Malaysia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular