Sabah Kecewakan President Warriors.
Pendahulu liga, Sabah berjaya menumpaskan Kelantan 1-0 dalam saingan Liga Presiden 2012 di Stadium Likas, petang tadi.
Beraksi di gelanggang sendiri,
Sabah yang menerima sorakan padu hampir 200 penyokong setia mereka
berjaya memberi tekanan kepada pemain Kelantan seawal wisel dibunyikan.
Usaha mereka melancarkan
serangan akhirnya membuahkan hasil apabila Leopold Alfonso Atong
meletakkan bola ke dalam jaring pada minit ke-45 untuk jaringan pertama
perlawanan.
Bersambung babak kedua, tuan
rumah nyaris mendapat jaringan kedua pada minit ke-49 apabila percubaan
Leopold terkena tiang gol biarpun penjaga gol Kelantan, Syazwan Yusoff
sudah tertewas.
Kelantan yang sekali sekala
melakukan serangan turut mendapat beberapa peluang terbaik untuk
menyamakan kedudukan namun setiap percubaan yang dilakukan mereka mudah
dipatahkan oleh barisan pemain Sabah.
Malah Sabah pula yang hampir
mendapatkan jaringan selepas tandukan yang dilakukan oleh Sabri pada
mnit ke-80 sedikit keluar dari sasaran.
Selepas tambahan masa tiga
minit, perlawanan kekal dengan Sabah mengutip tiga lagi mata penuh
untuk mengukuhkan kedudukan mereka di tempat pertama kumpulan A, carta
Liga Presiden Malaysia 2012.
Kelantan yang tewas
bagaimanapun masih mempunyai peluang untuk layak ke suku akhir tetapi
mesti menang baki lima perlawanan terakhir bermula dengan SSBJ pada 3
Mei 2012. -RedsfcNews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan