Kelantan Mampu Pertahan Trofi
KEHILANGAN
dua mata ketika dipaksa terikat dengan keputusan seri 0-0 menentang
Johor FC di Stadium Pasir Gudang kelmarin tidak merencatkan peluang
Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim
lalu.
Disebalik faktor keletihan yang
menghantui barisan Kelantan kelmarin, jurulatihnya, Bojan Hodak percaya
pasukannya masih berada di landasan betul untuk mengembalikan rentak
kemenangan dalam baki perlawanan liga selepas ini.
“Memang
saya tidak puas hati tapi satu mata sudah memadai buat kami. Secara
keseluruhannya pemain sedikit letih dan Johor FC pula berjaya memberikan
saingan kepada kami.
“Apa pun saya
yakin kami berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super. Saya
percaya selepas cuti rehat tiga hari, pemain akan bangkit untuk kembali
mencatatkan kemenangan dalam baki saingan liga musim ini,” katanya
semalam.
Dalam perlawanan kelmarin,
The Red Warriors yang dilihat menguasai perlawanan gagal menghasilkan
gol namun sebaliknya hampir dihukum penyerang tuan rumah tetapi bernasib
baik apabila peluang terbaik menerusi tandukan Arthur Hendrique sekadar
menggegarkan palang.
Bagi
mengelakkan keputusan sama, semua pemain Kelantan diberikan rehat selama
tiga hari dan akan kembali menjalani latihan pada 31 Mei.
“Farhan
jelas letih selepas bermain penuh ketika menentang Terengganu manakala
Matyo (Norshahrul) pula masih bergelut untuk kembali ke prestasi
sebenarnya.
“Sebab itu saya terpaksa
gantikan mereka dengan Ramzul (Zahini Adenan) dan Azlan (Ismail). Azlan
berpeluang untuk menjaringkan gol di minit akhir perlawanan namun dia
sedikit gopoh dalam segi penyudah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan