FA CUP : Karathu yakin Hodak mampu
BEKAS jurulatih Kelantan, Datuk
M Karathu menganggap Bojan Hodak berpeluang merealisasikan impian The
Red Warriors untuk menjulang Piala FA bersandarkan kepada kekuatan
barisan pemain sedia ada yang disifatkannya berada dalam kelas
tersendiri.
Karathu yang pernah membimbing
Kelantan pada 2011 selain berjaya membantu negeri itu merangkul
kejuaraan Liga Super 2011 yakin The Red Warriors berpeluang menamatkan
penantian menjulang Piala FA selepas tiga kali layak ke final iaitu
pada 2009, 2011 dan tahun ini.
Karathu berkata, dengan barisan
pemain dimiliki Kelantan pada musim ini, Hodak tiada masalah untuk
merancang strategi menghadapi Sime Darby apatah lagi dengan kehadiran
pemain import yang menguatkan lagi pasukan.
Secara peribadi, Karathu
menyifatkan kehadiran pemain import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar yang
digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha menghasilkan kesan positif
kepada Kelantan selain beberapa pemain seperti Norfarhan Mohamad dan
Indra Putra Mahayuddin turut menyengat dalam saingan Piala FA
“Hodak berpeluang membawa
pulang Piala FA untuk Kelantan dengan barisan pemain dimilikinya dan
saya percaya dengan rekod cemerlang dicapai sepanjang musim ini, ia
memberi kelebihan kepada Kelantan untuk menang final ini.
“Jika sebelum ini Kelantan
layak ke final, dengan pemain sedia ada, kali ini termasuk beberapa
pemain import, kekuatan pasukan itu semakin mantap,” katanya yang
meramalkan Kelantan bakal menewaskan Sime Darby, 2-1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan