KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 3 Mei 2012

Final FA di Bukit Jalil.


Perlawanan akhir Piala FA 2012 melibatkan Kelantan dan Sime Darby akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei nanti.


Biarpun pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menetapkan tempat perlawanan, ia tidak menjadi persoalan buat sementara waktu.

Menurut pengurus pasukan The Red Warriors, Azman Ibrahim, sudah dipastikan Bukit Jalil bakal menjadi venue untuk pertemuan akhir tersebut.

Tiket berharga RM40 dikenakan kepada setiap penyokong untuk semua tempat duduk termasuk grandstand, jelasnya lagi.

Kelantan mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Kedah hasil penentuan jaringan tempat lawan selepas terikat 3-3 manakala Sime Darby pula terus menjadi "Giant Killer" setelah mengecewakan juara bertahan, Terengganu 2-1 secara agregat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular