KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 8 Mei 2012

President Warriors Mesti Menang.


Kelantan President Warriors memerlukan kemenangan keatas Kedah bagi meneruskan sisa-sisa cabaran mereka untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Presiden Malaysia 2012.


Menurut pengurus pasukan, Encik Yusri, pemain muda The Red Warriors bakal kehilangan empat tonggak kepada pasukan kebangsaan tetapi itu bukan alasan untuk tidak mencapai kemenangan.

Para pemain mesti berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir dan kita berharap mereka tidak mudah menyerah kalah selagi wisel penamat belum dibunyikan.

Jika ada rezeki, InsyaAllah kita mampu menang keatas Kedah pada petang esok, jelasnya.

Sementara itu, pada pemerhatian RedsfcNews, pemain dan pengurusan President Warriors dilihat sedikit tertekan kerana pemotongan mata yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ternyata hukuman tersebut jelas menjejaskan moral pasukan yang selama ini bersaing begitu sengit untuk menduduki empat tempat teratas.

Kita berharap skuad President Warriors tabah menghadapi dugaan dan meneruskan perjuangan mereka untuk mara ke kedudukan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular