Obinna Bakar Semangat Pemain, Penyokong.
Pemain pertahanan import Kelantan,
Obinna Nwaneri layak dinobatkan pemain terbaik perlawanan apabila
melakar satu jaringan ketika membantu Kelantan layak ke perlawanan
akhir Piala FA 2012.
Jaringan yang dilakukan melalui
tandukan kencang dari jarak dekat selepas menerima hantaran sepakan
sudut Indra Putra bukan sahaja menaikkan semangat pemain malahan
mengembirakan hampir 4000 penyokong setia yang bertandang ke Stadium
Darul Aman.
Pujian juga diberikan kepada
pemain ini kerana satu hantaran ke dalam kotak penalti turut membuka
ruang kepada Ghaddar untuk meledak gol kedua dan gol penyamaan kepada
The Red Warriors selepas ketinggalan dua jaringan kepada Kedah pada
babak pertama.
Obinna yang digelar kereta
kebal Kelantan nyata menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya di
pentas antarabangsa untuk membantu Sang Kijang.
Dia membuktikan bahawa selagi
wisel perlawanan belum ditamatkan, para pemain perlu berusaha keras
untuk mencatatkan kejayaan bermakna di hujung saingan.
Rata-rata penyokong yang
ditemui selepas perlawanan begitu teruja dengan komitmen dan dedikasi
tinggi pemain ini mengembleng tenaga bersama pemain lain untuk
melakukan serangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan