KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 22 Mei 2012

Tugas berat Hodak

BIARPUN pemain The Red Warriors masih keletihan selepas kejayaan menjulang Piala FA, Ketua Jurulatih Bojan Hodak perlu berdepan tugas berat memotivasikan semula anak buahnya secepat mungkin menjelang pertemuan dengan Terengganu dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, esok.

Dalam kegembiraan meraikan kejayaan bersejarah itu, Hodak melupakan seketika detik gembira itu dan memandang ke hadapan untuk mempersiapkan anak buahnya berdepan Terengganu dan mara ke suku akhir saingan AFC.
Jurulatih berpengalaman dari Croatia itu berkata, moral anak buahnya perlu dibentuk semula selepas bekerja keras menewaskan Sime Darby FC, malah dalam tempoh singkat, dia perlu memberi motivasi tambahan supaya pemain kembali fokus. “Sasaran kami dalam Piala FA sudah tercapai dan saya bertanggungjawab untuk membuat persediaan mencapai sasaran seterusnya kerana ketika ini, minda pemain kosong dan saya terpaksa memotivasikan mereka semula dalam masa terdekat,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Selepas mengambil alih tugas Peter Butler dua bulan lalu, Hodak kini berada dalam kelas tersendiri apabila membantu The Red Warriors menjulang Piala FA yang dinantikan sejak 22 tahun, malah sasaran terbarunya ialah membawa Kelantan melangkah jauh dalam saingan Piala AFC.

“Jadual perlawanan agak padat selepas ini dan saya perlu membuat persediaan rapi termasuk tumpuan terhadap mempertahankan kejuaraan Liga Super.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular