Timbalan Presiden II FAM Dalam Buangan? | ||
|
Seluruh rakyat Kelantan melahirkan rasa
simpati dan kesal dengan tindakan pengurusan FAM menyekat segala bentuk
sepanduk, banner, bunting dan lain-lain yang menulis perkataan Tan Sri
Annuar Musa biarpun sekadar mengucapkan "Selamat Harijadi Tan Sri
Annuar" daripada dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tindakan ini dianggap luar biasa dan
tidak pernah berlaku dalam kancah bolasepak antarabangsa, jika dilihat
pada kebiasaannya persatuan bolasepak luar negara hanya mengenakan
sekatan di tempat duduk VIP sahaja dan tidak menghalang sebarang bentuk
sepanduk yang menyokong pemimpin pasukan terlibat seperti mana yang
dilakukan FAM memeriksa setiap sepanduk yang hendak di bawa masuk.
Peminat berasa kagum dengan tindakan
Tan Sri Annuar Musa yang memilih untuk duduk bersama peminat Kelantan
di tempat duduk biasa, walhal Tan Sri Annuar boleh menggunakan
kapasitinya sebagai pengerusi AL HAMRA Group penaja utama The Red
Warriors.
Diharap situasi ini tidak akan
mematahkan semangat Tan Sri Annuar Musa untuk terus bersama The Red
Warriors dalam mencipta kejayaan demi kejayaan sebagai bukti kemampuan
sebenar Tan Sri Annuar Musa yang tiada tolok bandingannyaFAM tidak mahu bola sepak Malaysia maju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan