KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 23 Mei 2012

Prebiu Piala AFC 2012 : TRW, Terengganu Yakin Ke Suku Akhir.


The Red Warriors menghadapi laluan sukar untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila bertemu jiran senegeri, Terengganu dalam perlawanan pusingan kedua Piala AFC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.


Masih segar dengan kejayaan bersejarah dalam Piala FA, Sang Kijang bagaimanapun terpaksa memadamkan seketika keletihan jadual padat dan sambutan piala bagi memberi tumpuan untuk melepaskan diri ke pusingan seterusnya.

Begitu juga bagi Terengganu, kehadiran mereka ke Kota Bharu bukan semata-mata makan angin dan mereka yakin dapat memberikan cabaran sepatutnya biarpun masih dilanda pelbagai di pihak pengurusan.

Bojan Hodak dalam sidang media semalam menegaskan Kelantan sedang berada dalam moral tinggi dan melaungkan amaran kepada pasukan lawan agar tidak memandang mudah keupayaan pemain The Red Warriors.

Dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, setiap lawan yang bertandang pasti akan mengalami kesukaran, jelasnya. Bagaimanapun, pengendali itu mahu keputusan perlawanan dapat ditentukan dalam 90 minit masa perlawanan bagi mengelakkan keletihan kerana selepas ini mereka akan menghadapi satu lagi perlawanan melawan Johor FC.

Sementara itu, Terengganu yang baru sahaja merekrut bekas jurulatih Kelantan, Peter James Butler semestinya akan cuba menggunakan kelebihan yang ada pada jurulatih itu untuk mengecewakan Sang Kijang.

Butler dengan nada yakin menyatakan dia kenal setiap pemain The Red Warriors yang dibimbing selama beberapa bulan sebelum menerima opsyen KAFA untuk meletak jawatan. Terengganu mempunyai resipi terbaik untuk tidak berputih mata pada perlawanan ini.

Berdasarkan perlawanan pada malam nanti, Bojan Hodak dijangka akan mengekalkan sebilangan besar pemain yang mendapat kejuaraan baru-baru ini.

Khairul Fahmi dijangka kekal menggalas tugas selaku penjaga gol manakala Obinna Nwaneri pula mungkin diletakkan di pertahanan tengah bersama dengan Rizal Fahmi. Daudsu pula dijangka kembali selepas dikeluarkan pada awal babak kedua pada perlawanan akhir manakala Zairul Fitree kekal di sebelah kiri.

Posisi tengah pula mungkin meletakkan Norfarhan di sebelah kanan manakala Badri dan Shakir pula seperti biasa bakal merencana serangan di bahagian "center" selain Nurul Azwan mendapat kembali posisi sayap kiri.

Dua pemain import, Nwoha Onyekachi mungkin akan digandingkan dengan Ghaddar manakala Antwi bermula dari bangku simpanan disamping penyerang tempatan, Azlan Ismail dan Norshahrul Idlan Talaha.

Bagi pasukan pelawat, Sharbinee Alawee seperti biasa akan menjadi penjaga gol utama manakala barisan pertahanan mungkin akan berubah selepas beberapa pemain masih gagal menjelmakan keserasian seperti yang ditagih penyokong. Kemungkinan besar Butler akan cuba mencari pemain yang betul-betul mampu mengawal kelibat penyerang Kelantan dan Muslim Ahmad salah satu pemain yang akan diberi tanggungjawab itu.

Jentera tengah, tidak rungsing kerana Terengganu memiliki ramai pemain terbaik yang mampu untuk mengatur gerakan dan mencari jaringan yang diperlukan. Diketuai Ashaari Shamsudin dan Ismail Faruqi, ketiadaan Manaf Mamat akibat cedera langsung tidak dirasakan. Mereka juga memiliki Joseph Kallang Tie serta tonggak import dari Brazil, Baiano.

Posisi serangan, tiada masalah jika Francis Doe sudah kembali dari kecederaan dimana pemain ini kemungkinan besar akan bergandingan dengan pemain yang mula menemui sentuhan gol, Abdul Hadi Yahya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular