KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 31 Mei 2012

Maghi Pakat Ubah Cara Sokongan Yang Merugikan!
penyokongtrw1



Menjelang bermulanya detik suku akhir Piala AFC 2012 dan EURO 2012, seluruh peminat bolasepak Kelantan sedang tertumpu ke arah sepak mulanya perlawanan ini. Namun seluruh penyokong Kelantan diingatkan jangan hanya menyaksikan aksi diatas padang sahaja malah mereka juga disaran melihat bagaimana cara dan sikap penyokong sesebuah pasukan memberi sokongan.
Di Malaysia sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan sukar untuk ditandingi, mereka menjuarai segenap ruang yang membicarakan atau memaparkan bolasepak luar negara dan dalam negara sama ada kehadiran mereka ke stadium mahupun di laman sosial Facebook, Twitter atau laman web. Situasi dapat dilihat dengan jelas jika anda berkunjung ke mana-mana laman Facebook penyokong Kelantan, dari situ anda boleh melihat setiap topik yang dimasukkan, di sukai (LIKE) oleh beratus-ratus pembaca atau peminat berbanding laman penyokong pasukan lain.

Kegilaan mereka terhadap bolasepak sangat luar biasa sehingga sanggup melakukan apa saja demi menyokong pasukan kesayangan mereka. Pemilihan lapan pemain Kelantan dalam skuad kebangsaan menjadi kebanggaan mereka. Boleh dikatakan apa sahaja "asal kelantan" semuanya membanggakan mereka, Kelantan sentiasa terbaik dihati mereka tanpa orang Kelantan lesu bagi mereka untuk memberi sokongan mahupun mengikutinya.

Kenapa mereka bersikap begini? Untuk makluman sikap yang ditunjukkan mereka ini sudah terpendam lama sejak kesalahan demi kesalahan dan tindakan demi tindakan yang dilakukan FAM terhadap pasukan mereka seolah-olah berat sebelah dan mengharungi pelbagai rintangan yang dicipta FAM demi mencapai sebuah kejayaan yang mereka kecapi sekarang. Kelantan dianaktiri dalam segenap ruangan sukan di Malaysia, isu yang kecil diperbesarkan dan isu yang besar seperti berjaya memecah rekod perlawanan akhir seluruh Piala di Malaysia di pandang sepi.

Mujurlah dengan kesabaran yang kental di jiwa Tan Sri Annuar Musa dan seluruh penyokong Kelantan, kejayaan demi kejayaan telah tercipta untuk mereka. Kejayaan bukan mudah untuk dikecapi jika tiada perancangan dan semangat utuh dari segenap pemain, pendokong dan penyokong bolasepak Kelantan. Dengan kerjasama semua rakyat Kelantan di seluruh negara, rintangan atau cabaran dihadapi dengan mudah dan tenang tanpa mempedulikan anasir atau musuh-musuh mereka.

Namun dalam keseronokan meraikan kejayaan, sikap segelintir penyokong Kelantan yang masih lagi berdegil dan membawa sifat buruk mereka telah menjadikan stadium untuk perlawanan Kelantan kawasan bebas membuang sampah atau tempat membaling sampah. Tidak hairanlah sifat pengotor tetap sinonim dengan segelintir rakyat Kelantan kerana buka sahaja siaran langsung bolasepak melibatkan Kelantan kita dapat lihat dengan jelas bagaimana segala sampah di baling masuk ke padang, tidak kiralah bekas makanan atau minuman asalkan benda itu ada berhampiran semuanya akan dibaling ke padang termasuklah bahan merbahaya seperti mercun.

Kebingitan tiupan vuvuzela dan air horn juga akan menjadi pencemaran baru dalam arus bolasepak Kelantan jika tiada usaha dari seluruh penyokong untuk membendung perkara ini sama ada bertindak atau menasihati secara individu, kelab, keluarga mahupun sahabat handai. Dimana lagi keseronokannya jika bolasepak terus dijadikan tempat membuang segala pencemaran bunyi dan sampah.

Biarlah perkara atau isu yang sama berlaku pada penyokong lain, apa yang penting kita cuba untuk berubah dan menjaga hal dan masalah penyokong Kelantan sendiri. Tiada guna Kelantan mencipta banyak kejayaan jika ianya akan terus dirosakkan oleh penyokongnya sendiri.

Marilah kita terus berusaha dan memberi kesedaran tentang pencemaran yang mula merosakkan imej bolasepak Kelantan. Sebagai pencipta bolasepak sejati sudah pasti masalah-masalah ini akan terus mengganggu emosi anda semasa menyaksikan aksi-aksi pemain kesayangan.
BERUBAH DEMI KEJAYAAN DAN KEBIJAKSANAAN. GOMO KELATE GOMO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular