Perlawanan Akhir Piala FA tahun ini yang melibatkan Kelantan dan Sime
Darby dilihat lebih meriah berbanding edisi-edisi sebelum ini yang
pernah pasukan Kelantan tandingi.
Pelbagai inisiatif dilakukan oleh KAFA melalui idea-idea kreatif ahli
gabungan KAFA yang ditunjangi oleh Tan Sri Annuar Musa.Terbaru,KAFA
menyediakan keretapi khas bagi membawa penyokong-penyokong The Red
Warriors ke Stadium Nasional Bukit Jalil 19 mei ini.
Keretapi yang diberi nama
"THE REDWARRIORS EXPRESS"
ini bakal bertolak dari Kelantan pada 18 mei jam 10 malam di stesen
Tumpat dan akan berhenti disetiap stesen utama di Kelantan.Harga yang
dikenakan juga agak munasabah iaitu RM140 untuk seorang pergi dan balik
termasuk pengangkutan LRT ke Stadium.
Tahniah kepada KAFA
kerana berjaya mengadakan inisiatif seperti ini selain dari konvoi
beramai-ramai menggunakan kereta yang diketuai oleh beliau sendiri pada
pagi sabtu ini.
Disamping itu juga
Kerajaan negeri memberikan komitmen seratus peratus apabila telah
mengumumkan cuti peristiwa pada 20 mei yang pastinya akan meramaikan
serta memeriahkan lagi kehadiran penyokong-penyokong ke Stadium sabtu
ini kerana tidak terikat dengan tugas masing-masing.
Penyokong-penyokong TRW
juga bakal 'dijamu' dengan gulai kawah di Stadium nanti dengan tiga
ekor lembu dikorbankan menandakan simboliknya tiga gol yang bakal
Kelantan perolehi dalam perlawanan akhir nanti.Walaupun tiga ekor lembu
tidak cukup untuk menjamu puluhan ribu penyokong ianya memadai untuk
percubaan dan andai Kelantan dapat melangkah ke Final sekali lagi
mungkin lebih banyak lembu bakal dikorbankan.
Kehangatan Piala FA kali
ini dirasakan cukup berlainan kerana saya sendiri masih tidak memiliki
tiket gara-gara tidak 'booking awal' dan kesempatan diambil oleh
'ulat-ulat tiket' yang menjual tiket dengan harga RM45 keatas.Tan Sri
Annuar Musa juga mengumumkan sudah 35000 keping tiket sudah terjual dan
hanya tinggal baki 5000 keping sahaja lagi.
Tahniah sekali lagi
kepada Tan Sri kerana berjaya merencanakan KAFA dengan begitu baik
sekali sehingga dicemburui ramai sehinggakan 'memaksa' beliau
melepaskan jawatan dalam KAFA dan FAM tetapi harus diingat jawatan
serta pangkat boleh ditarik tetapi mulut berbisa beliau tidak mampu
untuk ditutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan