Impak Rizal Fahmi.
Tanya siapa sahaja peminat The Red
Warriors akan pemain pertahanan tempatan terbaik pilihan mereka,
pastinya nama Daudsu Jamaluddin meniti di bibir dan terlintas di
fikiran.
Namun, pasti ramai tidak
bersetuju jika nama Rizal Fahmi diangkat menjadi wira pasukan Kelantan
pada beberapa pertemuan terakhir tetapi ini hakikat yang seharusnya
diterima.
Rizal Fahmi membuktikan dia sudah kembali pada prestasi sebenar dibawah kendalian jurulatih, Bojan Hodak.
Jika sebelum ini, apabila
diturunkan pada sesuatu aksi sama ada di gelanggang sendiri ataupun di
luar negeri, nama pemain ini menjadi satu cemuhan daripada para
penyokong yang hadir ke stadium.
Tetapi, dengan kekuatan yang
dimiliki, kawalan kemas bersama Obinna selain pantas melakukan
terjahan kembali meletakkan nama Rizal Fahmi sebaris dengan pemain
pertahanan terbaik yang pernah dikeluarkan pasukan Kelantan.
Dia bukan sahaja bergandingan
dengan baik untuk mengawal kubu terakhir dari dibolosi pihak lawan
malahan berhasil menjaringkan gol cantik apabila naik membantu
melakukan serangan.
Biarpun kadangkala masih
melakukan kesilapan sama seperti biasa namun persembahan yang diberikan
pada lima perlawanan terakhir memang wajar menerima pujian daripada
seluruh warga penyokong Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan