Johor FC ikat Red Warriors
FAUZI Shaari (kiri) cuba menghalang kemaraan penyerang Kelantan, Norhasrul Idlan Thalaha (tengah) dalam saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, malam tadi. |
JUARA PIALA FA, Kelantan gagal meneruskan momentum kemenangan apabila
sekadar seri 0-0 dengan Johor FC pada saingan Liga Super 2012 di Stadium
Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.
Walaupun menguasai saingan awal babak pertama dengan serangan
bertali arus, barisan Bojan Hodak gagal memecah benteng tuan rumah,
sebaliknya, Johor FC hampir berada di depan pada minit ke-17 apabila
tandukan Mohd Riduwan Maon hasil hantaran Jasazrin Jamaluddin ditangkap
kemas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus garang apabila cuba memecah
kebuntuan dan anak buah Sazali Saidon sekali lagi berpeluang mengejutkan
pasukan tangga kedua liga itu tetapi tandukan Arthur Hendrique pada
minit ke-70 singgah di palang.
Kedua-dua pasukan menggandakan asakan pada 10 minit terakhir tetapi
gagal, sekali gus menyukarkan skuad Lebah yang berhasrat untuk keluar
daripada kelompok bawahan.
Kelantan kekal di tangga kedua Liga Super dengan 38 mata, di belakang Lions XII yang sudah bermain lima perlawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan