Red Warriors Bergaya.
The Red Warriors terus mempamerkan
persembahan bergaya apabila mudah membenam cabaran PKNS FC 3-0 dalam
saingan Liga Super 2012 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ), malam tadi.
Pertemuan yang berlangsung
dalam keadaan cuaca baik, Kelantan terlebih dahulu diasak pasukan tuan
rumah apabila cubaan jarak jauh Rudie Ramli terkena palang gol pada
awal perlawanan.
Menyedari hanya kemenangan yang
perlu dicari, barisan pemain Kelantan mengandakan asakan dan berhasil
menjaringkan gol pada minit ke-25 melalui Norshahrul Idlan Talaha.
Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua,
Kelantan dilihat lebih menguasai perlawanan ketika tuan rumah
bertungkus lumus menyerap asakan tanpa kelibat beberapa pemain utama.
Banyak gerakan menarik terhasil melalui kawasan tengah namun kesemua peluang yang diperoleh hanya terlepas begitu sahaja.
Sehinggalah minit ke-82,
bermula dari sepakan percuma Badri Radzi membuka peluang kepada Obinna
Nwaneri melakukan percubaan cantik untuk gol kedua perlawanan.
Selang empat minit kemudian,
pemain gantian, Mohamad Ghaddar melengkapkan malam gemilang The Red
Warriors dengan jaringan ketiga hasil larian solo dari kawasan tengah
selepas menerima hantaran jauh daripada Khairul Fahmi sebelum
menewaskan penjaga gol PKNS dengan sepakan rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan