KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 27 Mei 2012

Piala AFC: Denda Akan Cemar Imej KAFA

Dennis Antwi diasak oleh pemain pertahanan Terengganu Muslim Ahmad ketika cuba menjaringkan gol.




SEBARANG hukuman yang bakal diterima Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan insiden segelintir penyokong yang bertindak agresif akan memberi imej buruk kepada  The Red Warriors dalam dunia bola sepak tempatan, kata Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Khairi Yazid.
Beliau yang kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Kelantan yang hadir bukan atas semangat kesukanan dengan melakukan sesuatu menyalahi undang-undang hanya mencemari imej persatuan dan nama baik Kelantan selaku gergasi bola sepak Malaysia.
“Saya kesal dengan kejadian ini kerana kejayaan layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sepatutnya diraikan dengan penuh kemegahan tetapi ia dicemari tindakan segelintir penyokong yang tidak berdisiplin.
“Kita bangga mempunyai ramai penyokong namun apabila segelintir penyokong tidak berdisiplin, ia memberi masalah kepada seluruh penyokong dan pasukan dimana bukan sahaja dikenakan denda malah nama baik Kelantan yang kini melonjak naik turut akan tercemar,” kata Khairi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  mengenai nasib Kafa yang dilaporkan bakal menerima hukuman denda berjumlah AS$5,000 (RM15,773) untuk setiap kesalahan berikutan segelintir penyokong The Red Warriors yang bertindak membakar mercun, selain membaling objek seperti bekas minuman didalam stadium ketika perlawanan Piala AFC antara Kelantan dan Terengganu, kelmarin.
Demi menjaga nama baik Kelantan, Khairi berharap peminat-peminat The Red Warriors mampu mengawal emosi setiap kali pasukan beraksi di atas padang walaupun ada kalanya keputusan perlawanan tidak memihak kepada pasukan.
“Saya harap insiden seumpama ini tidak berulang. Tidak mereka meraikan kemenangan itu tapi ada batasnya. Seharusnya mereka meraikan dengan cara yang selamat dan tidak memberi kesan kepada persatuan,” tegas Khairi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular