Piala FA Akhirnya Milik Kelantan
\
KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Penyerang
import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis
Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59
menerusi sepakan penalti.
Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.
Ghaddar
yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak
masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd.
Redzuan Harun.
Jaringan tunggal
penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam
kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi
2009 dan 2011.
Pada 2009, Kelantan
tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas
kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Musim
lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2
kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di
Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kejayaan
Kelantan menjulang Piala FA yang baharu itu malam tadi diraikan bersama
kira-kira 67,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium.
Pada aksi itu, rentak permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama berlangsung.
Bagaimanapun,
Sime Darby terlebih dahulu menguji benteng Kelantan apabila percubaan
Azmirul Azmi seawal minit kesembilan berjaya dinafikan penjaga gol,
Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan
menerima tamparan apabila tonggak pertahanan, S. Subramaniam terpaksa
dikeluarkan apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas
bertembung dengan penyerang Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh pada
minit ke-28.
Peluang terbaik
Kelantan untuk mencipta jaringan hadir menerusi kapten, Mohd. Badhri
Radzi, namun bola tandukannya pada minit ke-36 gagal menerjah gawang
Sime Darby.
Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Sime Darby bagi memburu gol.
Akhirnya gol yang dicari-cari menjelma pada minit ke-59 hasil sepakan penalti Ghaddar.
Tersentak dengan gol tersebut, Sime Darby mula mengatur rentak lebih kemas bagi mencari gol penyamaan.
Bagaimanapun, beberapa peluang yang terhidang gagal diterjemahkan dengan baik.
Kelantan
hampir menggandakan jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun
percubaannya pada minit ke-85 dinafikan Mohd. Redzuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan