Johor Bukan Tandingan President Warriors.
President Warriors menggunakan
kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk menewaskan Johor 3-1 dalam
saingan Liga Presiden Malaysia 2012, petang tadi.
Turun dengan tekad tinggi, Sang
Kijang menguasai babak awal permainan untuk mendahului Johor seawal
minit ke-15 hasil jaringan Shahiran Mohd Zain.
Selepas jaringan tersebut,
Kelantan seakan kebuntuan penyudah apabila gagal menyempurnakan banyak
peluang yang terhidang didepan gawang pelawat.
Johor yang sekali sekala
melakukan serangan akhirnya berhasil menyamakan kedudukan pada minit
ke-45 selepas Mohd Riduan Hashim menyempurnakan peluang yang terhidang.
Bersambung babak kedua,
Kelantan menukar corak permainan dengan melancarkan banyak serangan
kearah kubu Johor namun gagal mencari jaringan.
Sehinggalah minit ke-80, Aris Zaidi akhirnya menjelmakan jaringan pendahuluan buat President Warriors.
Selang dua minit kemudian, Aris terus mengganas dengan jaringan kedua peribadi dan yang ketiga buat tuan rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan