KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 22 April 2012

Kelantan Gagal Bawa Bekalan Selesa.


The Red Warriors gagal dalam misi mencari bekalan selesa selepas terikat 1-1 dengan Kedah dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Beraksi didepan 25 000 penyokong setia Merah Putih, Kelantan gagal menggunakan kesempatan itu untuk menekan pasukan pelawat.

Tuan rumah terlebih dahulu berada didepan pada minit ke-16 selepas Norshahrul Idlan Talaha bijak memanfaatkan lorongan Mohd Badri Radzi untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza.


Bagaimanapun, Kedah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas penyerang import mereka, Vedran Gerc bijak melakukan larian solo dari kawasan tengah pada minit ke-29 sebelum merembat masuk menewaskan empat pertahanan Kelantan termasuk penjaga gol.

Bersambung babak kedua, aksi semakin rancak ditunjukkan kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan menyebabkan beberapa insiden tidak diingini berlaku.

Pada penghujung babak, Kedah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Syukri dilayangkan kad merah.

Tidak beberapa lama kemudian, Sang Kijang turut mengalami nasib sama selepas Daudsu Jamaludin pula dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan kasar keatas Muhd Fiqry.

Selepas tambahan masa lapan minit diberikan pengadil, perlawanan akhirnya ditamatkan dengan Kelantan bakal menghadapi laluan getir pada aksi kedua di Stadium Darul Aman yang akan berlangsung pada 1 Mei depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular