Misi Ghaddar Gegar Kubu T-Team | ||
|
Tarikh perpindahan dan pengambilan
pemain import baru sahaja tamat pada 16 april 2012, desas-desus atau
rumus yang ditimbulkan berkaitan Kelantan sudahpun terjawab apabila
Kelantan hanya membuat pertukaran tempat antara Nwoha dan Ghaddar
dimana Ghaddar dipilih menyertai kembali skuad liga super dan piala
lain termasuk Piala AFC, FA dan Piala Malaysia manakala Nwoha hanya
terikat dengan tugasan piala AFC yang berbaki dua perlawanan sahaja
lagi.
Kehebatan Ghaddar meledakkan gol hatrik
dalam kancah perlawanan Piala AFC telah menarik minat seluruh penyokong
dan barisan kepimpinan bolasepak Kelantan untuk memilih pemain ini.
Namun adakah pemain ini akan terus mampu menjaringkan gol dalam saingan
Liga Super juga menjadi persoalan setelah peluang bermain diawal
saingan Liga Super pemain ini gagal menjaringkan gol kecuali gol dua
gol penalti. Prestasi semasa pemain ini juga telah diambil kira untuk
memastikan pemain berbisa ini terus dimanfaatkan sebaik mungkin dalam
prestasi terbaiknya sekarang.
Tugas berat menanti Ghaddar pada malam
ini apabila sabtu lalu Kelantan berputih mata kerana terpaksa berkongsi
mata meskipun telah mendahului lawan sepanjang 70 minit perlawanan
berlangsung. Penyudah tumpul dan kawalan barisan yang lemah yang
ditunjukkan oleh barisan pemain sabtu lalu cukup mengecewakan penyokong
yang hadir.
Jika tahun lalu Kelantan tewas kepada
T-Team di Kuala Terengganu, pada malam ini semua kesebelasan pemain
Kelantan harus memadam rekod buruk ini dan Ghaddar perlu membuktikan
KAFA membuat pilihan yang betul dalam keputusan memilih dirinya bersama
skuad Liga Super. Namun peminat Kelantan berharap Ghaddar mengubah
sikapnya di atas padang seperti tidak terlalu lama mengawal bola dan
bermain secara berpasukan dengan mengurangkan gerakan solo yang
kekadang banyak mensia-siakan peluang gol yang mampu dihasilkan
rakan-rakan lain.
Misi untuk Kelantan kembali ke tahta
liga mungkin agak sukar semenjak Lion XII mendapat mandat yang selesa
mendahului pasukan lain dalam mengumpul mata dan lebih jumlah
perlawanan. Impian seluruh penyokong Kelantan ingin melihat gandingan
Norshahrul dan Muhd Ghaddar cepat menemui keserasian biarpun Norfarhan,
Indra dan Piya sentiasa sedia membantu Ghaddar dengan baik sepertimana
dalam dua siri perlawanan Piala AFC lalu.
Sama-sama kita nantikan mampukah
Ghaddar menambah koleksi jaringan Liga Super daripada dua gol sekarang.
Kemenangan ini amat penting disaat Kelantan ingin mengejar Lion XII dan
dikejar rapat Terengganu. Semua peminat Kelantan turut sedia berkongsi
keletihan semua pemain, mereka hanya mengharapkan kebangkitan
pemain-pemain menidakkan kehebatan pasukan lawan.
PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG LAWAN. GOMO KELATE GOMO.
Barisan Kemungkinan:
Shahrizan, Obinna, Daudsu, S Subramaniam, Zairul Fitree, Piya, Indra Putra, Shakir, Nurul Azwan Roya, Norshahrul, Muhd Ghaddar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan