KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 2 April 2012

Bila Pencacai Bersuara : Penyelewengan Dalam FAK Terbongkar, Apa Kata Ahkuddin dan Sekutu..

Monday, April 2, 2012

Tajuk : FAK dan Kuasa Ahkuddin.
Durasi : Atas bacaan. Baca perlahan, lambat lah, kalau cepat, cepatlah.
Genre : Seram Ganas, Politik dan Komedi Aksi.
Kategori : Untuk bacaan kepada yang bukan buta huruf.
Penafian : Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak melibatkan sesiapa dan tidak berkenaan dengan sesiapa sama ada yang masih sihat, segar, tidak sakit serta banyak lagi. Bukan tanggungjawab penulis jika anda terguling-guling suka/sakit/panas/sejuk/seram membaca artikel yang dikeluarkan.


Adakah anda kenal dengan individu bernama Datuk ahkuddin akmat.

Beliau merupakan Setiausaha Agong Persatuan Kena Sepak Bola (*FAK) sejak beberapa tahun lepas.

Beliau bukan sahaja mampu untuk menjalankan kerja-kerja eksekutif malahan turut terbabit sama mengatur perjalanan skuad negara untuk menuju ke mercu kejayaan.

Ahkuddin ditakrifkan begitu hebat dalam FAK sehinggakan para exco-exco yang dilantik sangat takut dengan kuasa yang dimiliki oleh bekas pegawai tertinggi Tentera yang telah bersara ini.

Siapa sangka dengan watak perlahan yang ditunjukkan beliau, tetapi sebenarnya jika dilihat pada sudut halus yang diperoleh dari sumber, Ahkuddin nyata "makan dalam" sejak memegang jawatan di *FAK.

Banyak penyelewengan yang telah dilakukan oleh Ahkuddin termasuklah melibatkan kes pemecatan Azfar Khir selaku pengurus skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Apa yang peliknya, pada awal kemasukan Azfar, setiausaha agong tersebut ada menyatakan bekas jurulatih Liga Dun Jeddah tersebut adalah orang yang paling layak mentadbir skuad negara kerana pengalaman dan juga rekod cemerlang yang diraih.

Oleh itu, Azfar di beri tugasan untuk melatih dan mengatur satu pasukan terbaik untuk beraksi di Liga Slovakia yang dilabel bertaraf A biarpun pada sesetengah pihak merupakan satu tindakan terburu-buru Persatuan Kena Sepak Bola.

Tetapi, tidak lama kemudian ketika mahu membuang Azfar dari jawatan tersebut, Ahkuddin pula secara lantang menyatakan jurulatih tersebut dilihat tidak menepati mutu yang dikehendaki malahan secara jelas menyebut Azfar memakai jeans sewaktu mengendalikan sesi latihan.

Itulah penyebab kepada pembuangan Azfar dari jawatan jurulatih biarpun pada satu ketika mempunyai nama baik akhirnya tersungkur dek sikap angkuh seorang setiausaha yang mendapat kawan baik dari kalangan rakyat Slovakia atau sewaktu dengannya yang bernama *Aslav (bukan nama sebenar).

Selain itu, Ahkuddin juga berkuasa untuk menentukan perjalanan FAK sehinggakan Timbalan Presiden serta exco yang mahu ke luar negara atas tugasan rasmi terpaksa menggunakan duit sendiri dan duduk di kedudukan kelas ekonomi.

Malahan paling tidak dapat diterima, bilik Ahkuddin sangat luas dan sayup-sayup mata memandang, dibarisi ramai petugas dan staff yang dilabel terbaik biarpun tugasan yang dilakukan hanyalah duduk menunggu gaji tanpa cukai sehingga RM25 ribu.

Dengan wang sebanyak itu, ahkuddin telah membawa FAK ke arah kejayaan mengatur banyak perlawanan antarabangsa dengan pasukan kelab dari negeri sendiri untuk menaikkan rangking kedudukan negara sehingga menjejak ke angka sekitar 145 keatas.

Hebat benar ahkuddin ini dalam menguruskan dana FAK kerana dikhabarkan juga beberapa projek di wisma yang dibina gah adalah hak milik beliau dan sekutu.

Dari insuran pemain sampailah kepada bayaran sewa ditadbir begitu cemerlang sehinggakan persatuan yang tidak menjana kewangan mampu memiliki staff yang ramai dengan perbelanjaan mengurus dikatakan mencecah 22 juta setahun.

Dengan tidak malu juga Ahkuddin bertindak bagaikan melebihi kuasa Timbalan serta exco dimana pernah dilihat beliau berada di kedudukan kelas 1 penerbangan semata-mata ke Lundang untuk hanya mengambil tandatangan Presiden demi merealisasikan beberapa matlamat jangka pendek beliau dan sekutu.

Bersambung.

sumber: redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular