Piala AFC 2012 : Peluang Terbaik Kelantan.
Bojan Hodak menganggap pertemuan AFC melawan Arema di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV merupakan satu peluang terbaik buat skuadnya mencapai sesuatu.
Menurut kenyataan ketua jurulatih Kelantan pada sidang media di Kota Bharu, bermain di tempat sendiri merupakan satu peluang keemasan dan tidak wajar dilepaskan.
Saya sangat berharap dapat menggunakan dua pemain tonggak yang kini cedera, Nwoha Onyekachi dan Norshahrul Idlan Talaha untuk perlawanan pada malam esok, jelasnya.
Bojan turut mahu para penyokong The Red Warriors yang turun ke gelanggang keramat dapat memberikan sokongan padu serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Bagi ketua pasukan, Mohd Badri Radzi, kemenangan perlu dicatatkan sebagai hadiah terbaik kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang akan menghadap jawatankuasa disiplin FAM.
Beliau menyeru kepada semua rakan sepasukan supaya dapat bermain dengan baik dan tidak mudah tertekan didepan penyokong sendiri.
Menurut Pegawai Media KAFA, Wan Badri Wan Omar yang turut serta pada sidang media, para penyokong Sang Kijang dinasihatkan menonton aksi dengan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak melakukan tindakan tidak memberi faedah.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan peraturan yang sangat ketat dan pihak persatuan bakal didenda jika para penyokong melanggar peraturan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan