President Warriors Teruskan Perjuangan.
Selasa, 17 April 2012
Skuad Piala Presiden Kelantan akan
meneruskan perjuangan mereka untuk ke suku akhir biarpun kehilangan 14
mata akibat hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM).
Menurut pengurus pasukan, Encik
Yusri kepada RedsfcNews, para pemain dan pihak pengurusan President
Warriors akan bertolak ke Kuala Lumpur malam nanti untuk pertemuan
dengan PDRM pada 19 April ini.
Pemotongan mata memang
menggusarkan pihak pengurusan tetapi kita yakin pemain mampu untuk
terus berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir sebelum menyerah
kalah.
Kami akan terus berjuang dan
semangat kita tidak akan luntur dengan musibah yang menimpa kerana kami
adalah anak jati Kelantan yang tidak mudah mengaku sebelum turun
saingan, jelasnya.
Mengulas tentang hukuman yang dikenakan, Yusri menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membuat rayuan.
sumber:redsfc news
Tiada ulasan:
Catat Ulasan