KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 9 April 2012

Dilema KAFA Dalam Pemilihan Pemain Import.


Disebalik pembukaan kembali tingkap pendaftaran pemain import Liga Malaysia, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berada dalam keadaan dilema untuk mendaftarkan pemain baru.


Bojan Hodak selaku ketua jurulatih telah diberi kuasa penuh untuk memilih pemain mana yang layak menyebabkan pengendali asal Crotia tersebut perlu teliti sebelum menyerahkan kepada pihak persatuan.

Namun, nyata sukar buat jurulatih untuk memilih pemain yang akan menggalas tugas di pertandingan liga kerana ketiga-tiga pemain itu telah membuktikan dapat membantu kejayaan Kelantan dalam kesemua kejohanan yang disertai pada musim ini.


Ketika Obinna Nwaneri sudah hampir pasti dikekalkan kerana aksi yang begitu mengagumkan, kini Bojan perlu memilih sama ada mengekalkan Nwoha atau menyenaraikan semula Ghaddar ataupun Antwi dalam kejohanan tempatan.

Jika sebelum ini terdapat kritikan daripada ramai pihak supaya mengeluarkan Nwoha dari saingan liga ekoran masalah ketidak tentuan prestasi, kini Bojan dan pihak KAFA semakin pening selepas pemain tersebut telah menunjukkan kembali sengat selaku pemain serangan.

Begitu juga dengan Danny Antwi, mula menunjukkan persembahan cemerlang untuk menyakinkan pihak pengurusan agar menyenaraikan kembali nama dalam skuad liga domestik.

Malahan, Ghaddar yang dikeluarkan beberapa bulan lalu sudah menunjukkan bukti mengapa dia seharusnya berada didalam pasukan jika diberi banyak peluang beraksi selepas meledak hatrik pada aksi Piala AFC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular