The Red Warriors Jadi Tumpuan | ||
Dalam keghairahan mengikuti info semasa
bolasepak kami sempat bersama bekas pemain bolasepak yang minat
mengikuti bolasepak Malaysia dan hanya mahu dicatat nama Mr Silverster
dan Edddy Tan, untuk makluman kedua-dua bukan melayu dan meminati
pasukan Kelantan. Mereka berpendapat amat malang bagi bolasepak
Malaysia menggantung seorang pejuang bolasepak sebenar seperti Tan Sri
Annuar Musa kerana bagi mereka Tan Sri Annuar Musa berjaya membawa
Kelantan dengan cemerlang daripada sebuah pasukan yang tidak digeruni
kini menjadi gah dalam serba-serbi kecemerlangan bolasepak. Di Malaysia
mereka belum nampak lagi pasukan yang boleh menjual produk mereka
selaris produk-produk bolasepak Kelantan.
THE RED WARRIORS DIHATIKU SELAMANYA!
Kehebatan pasukan Kelantan mempamerkan
aksi menentang lawan dalam perlawanan tempatan dan antarabangsa telah
menarik minat pemain dan bekas pemain yang pernah menentang Kelantan
untuk mencuba nasib sepanjang jendela perpindahan ini dibuka. Mereka
begitu teruja melihat imej pasukan yang dibawa oleh The Red Warriors
bukan sahaja membabitkan barisan pemain malah dari segi imej korporat
yang ditonjolkan melalui rekaan jersi yang menarik, sokongan penyokong
yang mantap dan pelbagai elemen lain yang mereka yakin Tan Sri Annuar
Musa sudah membawa Kelantan meninggal jauh perkembangan semasa
bolasepak tempatan di Malaysia yang masih terumbang-ambing dengan
masalah penajaan dan menarik kehadiran penyokong.
Pada pendapat mereka ada pasukan yang
megah dengan penajaan tetapi kurang mendapat sambutan dari penyokong
mereka dan amat sukar mencari pasukan selain Kelantan mempunyai pakej
lengkap yang diimpikan oleh sesebuah pasukan di dunia ini. Mereka
menganggap percapaian Kelantan sesuai berada di liga yang lebih
kompetitif kerana mereka tidak dapat bayangkan pasukan ibu kota seperti
Kuala Lumpur tidak mampu bersaing di arena bolasepak tempatan kerana
kekurangan penajaan dan dana untuk membentuk pasukan yang mantap
berbanding Kelantan yang seolah-olah membawa imej Malaysia di mata
bolasepak dunia.
Mengenai pendapat sesetengah pihak
menyatakan penyokong Kelantan terlalu kenegerian dan taksub, mereka
berpendapat sikap kenegerian perlu ada dalam jiwa setiap peminat
bolasepak, tanpa sikap ini mereka akan hilang rasa kagum kepada negeri
sendiri sehingga ada segelintir mereka hilang jati diri sehingga berasa
kononnya mereka dilahirkan di England atau Sepanyol dan terlebih-lebih
mengagumkan liga luar negara.
Melalui pengalaman mereka melihat
beberapa perlawanan Kelantan, penyokong Kelantan boleh menerima mereka
sebagai penyokong Kelantan malah tanpa segan silu bergambar dan memberi
sorakan bersama malah tidak memandang serong kepada mereka yang kini
memahami makna "gomo kelate gomo", "olek-olek" dan beberapa lagi loghat
Kelantan.
Teringat catatan visi kemajuan
bolasepak Jepun, Jepun tidak akan maju dalam bolasepak dunia jikalau
rakyat dalam negaranya tidak mengagumi pasukan tempatan mereka sendiri.
Selepas hampir 20 tahun kata-kata ini diluahkan dan liga Jepun
diperkenalkan pada tahun 1993, bolasepak sudah menjadi sukan nombor
satu di Jepun selain besbol.
THE RED WARRIORS BUKAN HARIMAU MALAYA
Dalam nada sinis mereka berdua teringin
melihat pasukan Kelantan bertemu Arsenal 24 julai nanti, mencontohi
persatuan bolasepak negara lain yang memberi peluang kepada pasukan
atau kelab tempatan pendahulu liga beraksi menentang Arsenal dalam
jelajah Asia ini.
Namun di Malaysia, keputusan atau titah
FAM adalah hak mutlak presiden badan bolasepak Malaysia ini, tiada
siapa yang boleh mempertikaikan keputusan biarpun nampak janggal untuk
melihat kemajuan bolasepak negara dalam kedudukan ranking Malaysia yang
setiap bulan makin merudum jauh di belakang jiran tertangga asia, di
mana pasukan-pasukan inilah yang sering menjadi pasukan belasahan
kebanggaan Malaysia.
Jarang untuk kita dengar sesuatu topik
atau penulisan yang akan menyiarkan kehebatan pasukan dan penyokong The
Red Warriors namun luahan dari rakan kita ini sudah cukup bermakna
untuk dikongsi bersama seluruh penyokong The Red Warriors. Luahan ini
lebih jujur berbanding luahan rakan-rakan media lain yang manis di
depan mata tetapi sebenarnya pahit di belakang kita. GOMO KELATE GOMO.
MAJU SUKAN UNTUK KELANTAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan