Piala AFC 2012 : Kelantan tewaskan Navibank Saigon.
Kelantan membawa pulang tiga mata penuh apabila menumpaskan Navibank Saigon FC 2-1 di Stadium Nhat Khong, petang tadi.
Terima kasih dengan dua
jaringan lewat Indra Putra Mahayuddin dan Mohamad Ghaddar untuk
memadamkan jaringan tuan rumah, Edison Fonseca pada akhir separuh masa
pertama.
Beraksi di gelanggang sendiri, Navibank Saigon jelas menguasai perlawanan dengan beberapa asakan ke arah kubu The Red Warriors.
Bagaimanapun serangan mereka tersekat dek kecemerlangan Obinna Nwaneri yang banyak membantu Khairul Fahmi mengawal keadaan.
Namun, percubaan demi percubaan
tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila gerakan yang dilakukan
oleh Nguyen Than Longh membuka ruang kepada Edison meledak dari jarak
dekat pada minit ke-33.
Selepas jaringan tersebut,
Navibank Saigon mendapat satu dua lagi percubaan dikala pemain Kelantan
banyak berkubu di kawasan sendiri menahan asakan.
Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Ghaddar.
Kemasukan pemain ini
bagaimanapun gagal membawa kepada jaringan apabila pertahanan tuan
rumah banyak mengawal dia dari membolosi kawasan penalti.
Sehinggalah minit ke-79,
gerakan Ghaddar menyebabkan pertahanan Navibank melakukan terjahan
kasar memaksa pengadil memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti.
Indra yang mengambil sepakan mudah melencongkan ke sebelah kiri pintu gol untuk menewaskan Phan Van Santos untuk gol penyamaan.
Jaringan pertama menyebabkan Bojan memasukkan Norshahrul Idlan bagi mencari jaringan kedua.
Penyerang prolifik ini tidak
mengambil masa yang lama untuk memberi impak apabila hantaran cantik
kepada Mohamad Ghaddar disudahkan dengan satu lambungan cantik ke dalam
gawang untuk gol kedua pelawat.
Pada saat akhir, Ghaddar hampir
menambah jaringan apabila serangan balas dari kawasan bawah memaksa Van
Santos keluar dari posisi namun percubaan penyerang import dari Lebanon
ini keluar sedikit sahaja dari pintu gol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan