Prebiu Liga Super 2012 : T-Team FC vs Kelantan.
Bukan laluan mudah.
Itulah realiti yang perlu
dihadapi pemain The Red Warriors dalam misi mereka untuk mencatatkan
kemenangan keatas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah,
Kuala Terengganu, malam nanti.
Beraksi selaku pasukan pelawat,
Kelantan mempunyai rekod buruk apabila turun menentang T-Team sepanjang
dua tahun kebelakangan ini.
Apa tidaknya, T-Team seringkali
membawa masalah besar kepada pemain Sang Kijang untuk mencatatkan
pungutan tiga mata dan pertembungan sengit pasti diberi pada Kelantan.
Mereka juga pasti tidak mahu
keciciran mata selepas beraksi baik di Kota Bharu dan sudah tentu Yunus
Alif sudah mempunyai tonik untuk mengejutkan Kelantan nanti.
Berdasarkan pertemuan terakhir
di Kuala Terengganu, Kelantan tewas tipis 3-4 kepada tuan rumah
manakala aksi di Kota Bharu juga tidak memihak kepada Sang Kijang
kerana diikat 1-1.
Justeru itu, bukan satu tugasan
mudah untuk mengatasi lawan dan jika para pemain The Red Warriors gagal
menunjukkan perwatakan juara, tidak mustahil T-Team akan membuatkan
pemain, pengurusan dan penyokong Sang Kijang gigit jari.
Melihat sesi latihan terakhir
yang dianjurkan Bojan Hodak petang semalam, beliau nyata sudah
memperbaiki beberapa kelemahan ketara yang ditunjukkan para pemain.
Kembalinya Ghaddar juga satu
berita gembira kerana pemain import sebelum ini, Nwoha dilihat gagal
memberi impak pada dua pertemuan terakhir.
Selain itu, Bojan juga lega
apabila beberapa tonggak utama yang cedera mula kembali menjalani
latihan penuh tanpa sebarang masalah. Norshahrul, Khairul Fahmi dan
Azlan Ismail dilihat sudah sembuh dan boleh diturunkan pada perlawanan
yang akan dihadapi.
Berdasarkan formasi yang cuba
diterapkan oleh Bojan, penjaga gol berpengalaman, Shahrizan Ismail
masih kekal menggalas tugas pertama disamping Khairul Fahmi diletakkan
di bangku simpanan.
Posisi pertahanan tiada
perubahan dimana S. Subramaniam dan Obinna menjadi benteng terakhir
yang akan membantu Shahrizan mengawal kubu Sang Kijang. Daudsu dan
Zairul Fitree pula seperti kebiasaan akan melengkapkan posisi di
pertahanan kiri dan kanan. Nik Shahrul Azim, Zamri dan Farisham
menggalas tugas di bangku simpanan dan kemungkinan dimasukkan jika
Bojan memerlukan khidmat mereka pada babak kedua atau pemain yang
diturunkan mengalami sebarang kecederaan.
Jentera tengah pula menyaksikan
kembalinya Shakir Shaari dari tempoh rehat yang diberikan. Dia dijangka
terus digandingkan dengan Badri selepas penganti sebelum ini, Rizal
Fahmi dilihat tidak efektif untuk menjadi playmaker. Chanturu dan Azwan
Roya pula beraksi di bahagian sayap manakala Indra Putra direhatkan
oleh Bojan sekurang-kurangnya untuk separuh masa pertama.
Tonggak penyerang, ketajaman
Norfarhan Mohamad terus ditagih Bojan untuk melakar jaringan terhadap
pasukan lamanya tersebut. Dia bakal digandingkan dengan Ghaddar
manakala Norshahrul kekal di bangku simpanan.
Manakala T-Team pula yang
beraksi di gelanggang sendiri turut dijangka tidak merubah kesebelasan
pemain ketika mencatatkan satu mata di Kota Bharu tempoh hari.
Shamsuri Mustapha terus diberi peranan pertama dengan Norfazly Alias serta Bojan Petric menjadi pembantu di pertahanan tengah selain Shahril Faizal serta Rosdi Talib di kiri dan kanan.
Tengku Hasbullah dan Zairo
Annuar selaku ketua pasukan diberi peranan lebih besar oleh Yunus dalam
perlawanan ini dimana kedua-dua nya diberi kebebasan berada di
mana-mana posisi yang boleh membantu pasukan menekan Kelantan. Badrul
Hisani dan Faiz Subri juga bebas bertukar posisi pada sebelah sayap
bergantung pada corak serangan yang dilancarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan