KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 26 April 2012

Prebiu Liga Presiden 2012 : Kelantan vs Johor.

Seminggu bercuti dari perlawanan kompetetif, President Warriors turun aksi seterusnya Liga President Malaysia 2012 menentang Johor di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Satu perlawanan yang dilihat penting kepada mereka untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Biarpun masih dilanda perasaan kecewa dengan pemotongan mata oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia bukan alasan kepada skuad Liga Simpanan Kelantan tersebut untuk mengaku kalah.

Waktu ini, tiada apa yang mampu dilakukan selain turun dengan semangat juang 100% seterusnya mengutip tiga mata penuh sebanyak mungkin.

Permulaan berjaya diraih di PDRM minggu lepas dan aksi dengan Johor adalah penerus kepada para pemain untuk terus beraksi baik bagi mencatatkan kemenangan.

Menurut Pengurus pasukan, Encik Yusri, atas kertas, mudah kepada mereka untuk mencatatkan kemenangan kerana lawan yang dihadapi dilihat masih terkapai-kapai untuk mendapatkan rentak.

Namun begitu, mereka tidak boleh memandang mudah kerana lawan turun tanpa sebarang tekanan berbanding President Warriors yang dilihat bakal mengalami masalah besar andai tercicir mata.

Melihat pada rekod pertemuan semasa, Kelantan dijangka tidak menghadapi masalah kerana perlawanan pertama di gelanggang lawan, mereka mengutip mata penuh dengan jaringan besar.

Pada pertemuan petang esok, dijangka ada perubahan pada senarai kesebelasan pemain selepas dilaporkan ada beberapa pemain tidak tersenarai akibat kecederaan.

Namun, tonggak utama penyumbang jaringan perlawanan sebelum ini masih ada dan diharapkan mampu meneruskan kecemerlangan biarpun tertekan dengan masalah pasukan.

Dijangka penjaga gol kekal menggunakan Mohamad Ramadhan manakala barisan benteng pula diterajui ketua pasukan, Faizol Nazlin Sayuti serta Tuan Mohamad Faem.

Barisan tengah, Norsyahrul Hawari dan Asif kekal di tempat utama manakala Azmi dan Nurfirdaus kemungkinan besar kekal dalam kesebelasan utama pasukan.

Jentera serangan, tiada lain selain Shahiran Mohd Zain serta Aris Zaidi yang dipertaruhkan Hashim untuk melakar jaringan. Pemain simpanan seperti Azyu Ikmal dan Manaf Mansor mungkin juga berpeluang andai ketua jurulatih tersebut mahukan sedikit perubahan pada senarai pemain penyerang.

Justeru itu, kesemua pemain yang bakal diturunkan mempunyai tanggungjawab besar untuk mengekalkan kecemerlangan mereka atau berdepan tugasan sukar pada perlawanan seterusnya. -RedsfcNews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular