Piala AFC 2012: Kelantan Mesti Menang | ||
Kelantan yang akan turun menentang
Navibank Saigon di Vietnam tiada pilihan lain kecuali menang jika ingin
mengimpikan langkah ke peringkat seterusnya. Jika perlawanan pembukaan
lalu sewaktu menentang Navibank Saigon di Bukit Jalil keputusannya
berkesudahan seri tanpa sebarang jaringan disebabkan padang digenangi
air dan hujan lebat. Namun esok pasti suasananya berbeza apabila
perlawanan berlangsung pada waktu petang dan cuaca diramalkan baik.
Melihat kepada perlawanan pusingan
pertama kedua-dua pasukan ini menentang Ayeyawady United, pasukan
Kelantan tewas 3-1 kepada pasukan Ayeyawady manakala Navibank Saigon
menang 4-1 ke atas Ayeyawady United sebelum tewas 2-0 kepada Ayeyawady
United 10 april lalu. Ayeyawady dilihat tiada masalah untuk mengutip 3
mata penuh menentang Arema FC esok dan keputusan penuh Kelantan bertemu
Navibank Saigon akan menjadi penentu pasukan mana yang akan mendahului
kumpulan.
Jika seri peluang terbuka luas kepada
Navibank Saigon menempah tempat pertama atau kedua peringkat kumpulan
ini memandangkan lawan terakhir mereka selepas ini Arema FC yang
dilihat mudah menjadi pasukan belasahan pasukan lain kumpulan H
manakala Kelantan perlu berkerja keras menerima saingan terakhir
Ayeyawady United 8 mei nanti.
Tambahan pula Kelantan telah
mengesahkan tidak dapat menurunkan Piya yang cedera, harapan kini
tertumpu kepada Indra yang mengambil tugasan kapten untuk mengemudi
pasukan lebih mengancam lawan, Azlan Ismail "Attacking Midfielder"
yang sudah hampir lima bulan direhatkan juga dikhabarkan akan
diturunkan, namun semuanya bergantung kepada keputusan Bojan Hodak.
Kehadiran lebih 100 orang penyokong
Kelantan diharap mampu memberi semangat luar biasa kepada kesebelasan
pemain untuk tidak mensia-siakan perlawanan ini. Walauapapun
keputusannya Piala AFC adalah sekadar permulaan Kelantan di arena
antarabangsa dan perlawanan menentang Kedah 1 mei ini harus diberi
tumpuan 100% berbanding perlawanan ini. Hanya doa seluruh penyokong dan
semangat luar para pemain sahaja yang mampu memastikan kejayaan
Kelantan. GOMO KELATE GOMO.
Barisan Kemungkinan:
Khairul Fahmi, Daudsu, S Subramaniam,
Obinna, Zairul Fitree, Indra Putra, Shakir, S Chanturu, Nurul Azwan
Roya, Norshahrul, Nwoha,
Muhd Ghaddar, Danny Antwi, Norfarhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan