KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 31 Januari 2011


Pengumuman Tiket Esok:

Berita baik kepada semua penyokong The Red Warriors. Kaunter tiket di stadium Sultan Muhammad ke-4 akan dibuka bermula jam 2 petang / 1 Febuari 2011. Jangan lepaskan peluang.Terima Kasih

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo



Presiden KAFA Terkilan Sikap Penyokong
Tan Sri Annuar Musa terkilan sikap penyokong yang nyaris m
emberi kemenangan percuma kepada Selangor ketika Kelantan sedang mendahului 1-0 setelah pengadil menghentikan perlawanan kerana balingan mercun dan objek ke padang. Sikap segelintir penyokong ini meletakkan Kelantan dalam situasi pemantauan FAM yang boleh mengakibatkan perlawanan Kelantan berlangsung tanpa penyokong bila-bila masa.

"Saya bentuk pasukan kita.Saya boleh didik pemain..character pemain dah byk sy ubah,tiada lg jenis darak, makan pong,emosi....kita jadikan mereka pemain yg cool,pro,with character...team sy ajarkan doa2,hatta cara masuk pdg,cara berdiri dan n
yanyi negaraku,cara chanting dan doa sblm kick off dll..mereka d wajib solat d stadium,Kita sedi
akan imam Dan ustaz....TAPi tak pasti bolehkah didik penyokong dan nawaitu mreka" Petikan daripada FB Tan Sri Annuar Musa



"Saya Dan ramai set kita nak jadikan sukan khususnya bola sebagai alat utk pembangunan insan yg positif..melalui bola kita beriadhah,kita bersatu,berpadu,bina disiplin,bina ciri HUBBUL WATAN MINAL IMAN...jgn kerana bola nilai islam dan ugama kita letak bawah punggung,tak peduli semayang bang,dosa pahla,adat sopan,undang2dan peraturan..KALU KERANA BOLA GI JADI GITU MAKA AMBO BERDOSA! Petikan daripada FB Tan Sri Annuar Musa

"Sbg orang tua dan ANOK klate ambo tertanya tanya....mar
i mano budaya ganas ni?...kita orang klate sepatutnya sopan,beradat,..klate terkenal lemah lembut,berjurus,...pemimpin HARI HARI berkecek ugama sokmo,islam sokmo2 doh..nok gapo lagi?...bakpo jd LAGU ni?....munkinkah orghe klate lo ni
doh tok supo mulo,budayo lo ni tak selendik mula,ugamo orghe lo ni dah tah supo sekalo...BAKPO?GUANO?MARI DI MANO?AJARAN SAPO?" Petikan daripada FB Tan Sri Annuar Musa
Kelantan adalah antara pasukan yang memiliki kelab penyokong dan laman web penyokong paling banyak di Malaysia selain kehadiran penyokong paling ramai ke stadium bagi setiap perlawanan. Namun, kewujudan banyak kelab dan laman web penyokong sedikit pun tidak dapat merubah sikap penyokong Kelantan ini. Ramai yang yakin dan percaya mereka yang sering memberi masalah kepada KAFA ini sebenarnya bukan dari kalangan ahli kelab dan pengunjung tegar laman web. Pengunjung tegar laman web sentiasa didedahkan informasi berkaitan peraturan yang dilarang ke stadium, berbeza dengan sikap penyokong yang jarang-jarang ke stadium dan tidak terdedah pada informasi semasa daripada media massa dan internet ini, mereka datang dengan sikap yang sama seperti zaman-zaman muda mereka atau ketika datang ke stadium pada zaman kegelapan bolasepak Kelantan iaitu datang tanpa sebarang pengetahuan tentang peraturan yang dilarang. Adakah kita mempunyai bukti untuk yakin dengan kenyataan ini?



Kepala otak segelintir penyokong ini hanya memikirkan bila datang ke stadium bawa pemetik api dan mercun, apa yang penting bagi mereka apabila mercun dibaling ramai orang akan bersorak, bagi mereka kalau penyokong lain tidak suka kenapa mereka bersorak.Bersorak setiap kali mercun diletupkan adalah antara penyumbang besar kepada segelintir penyokong ini terus membawa mercun. Apabila pulang dari stadium mereka singgah dimana-mana gerai untuk membasah tekak, disinilah mereka dengan penuh riak dan bangga menceritakan saat-saat indah ketika mereka membaling mercun. Perkara ini terus berulang-ulang dari tahun ke tahun dan KAFA dari tahun ke tahun melalak, merayu pada penyokong, ulang-alik dan turun naik wisma FAM merayu dan mendengar kes tuduhan, didenda mengikut peraturan FAM, sikap mereka ini dihebohkan dan rakyat Kelantan dimalukan dengan berita-berita mereka ini yang seolah-olah inilah sikap keseluruhan rakyat Kelantan.

Sampai bila kita harus membiarkan mereka-mereka ini memberi gambaran buruk kepada kita, kegemilangan bolasepak Kelantan tidak memberi kesan kepada penyokong Kelantan. Perangai tetap sama, kalah baling, menang baling, baling mercun, rosakkan harta benda stadium dan sebagainya. Sikap penyokong yang membawa masuk bendera politik turut mendapat kecaman penyokong-penyokong parti politik terbabit kerana memberi imej buruk kepada parti.



Ada juga sikap penyokong Kelantan yang suka membanding-bandingkan kenapa penyokong pasukan lain membawa mercun atau flare lepas, kalau penyokong kelantan kena tangkap, sepatutnya mereka sudah sedia maklum pasukan Kelantan kini mendahului jumlah kutipan tiket paling banyak dan sikap agresif penyokong Kelantan suka membaling apa sahaja yang boleh dibaling oleh mereka tanpa mempedulikan arahan sesiapa pun yang mengarahkannya berhenti termasuk daripada pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim sebagaimana yang dilakukannya ketika perlawanan sabtu lalu antara penyebab polis bertindak tegas kepada penyokong Kelantan. Insiden ini senang untuk dikesan dan dijadikan bahan bukti oleh FAM dan polis, berbeza dengan penyokong pasukan lain yang hanya melakukan sesuatu perkara sahaja dan senang untuk diarahkan berhenti kerana jumlah penyokong yang melakukannya hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja daripada jumlah kehadiran keseluruhan penyokong yang tidak ramai.

Apa silapnya, bagaimana cara untuk mengatasinya kini terletak kepada kelab-kelab penyokong untuk membantu KAFA menangani masalah ini. Adakah perlu semua kelab penyokong bersatu dalam mengadakan kempen secara bersama menyelesaikan isu ini? semuanya terpulang kepada kelab-kelab penyokong yang boleh bertindak sebagai ketua kepada kelab penyokong lain. Tiada guna kita hanya mementingkan kelab sendiri sedangkan apa yang berlaku terpalit kepada seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira keahlian mana anda atau kita terus membuta mata, melumpuhkan badan dan menutup telinga membiarkan isu ini terus berlaku saban tahun........Lu Fikirlah sendiri @ kita sama-sama fikir.....apa kata anda....



Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
Lima Penyokong Kelantan Dibebaskan


Syukur diatas pembebasan lima penyokong Kelantan yang ditahan di stadium Shah Alam sabtu lalu. Terima kasih kepada pihak polis, semua pihak dan kelab penyokong Ultras Malaya, Selangor, Kedah dan lain-lain yang membantu dan memberi kerjasama dalam membebaskan lima tahanan ini tanpa sebarang masalah.



JEMPUTAN UNTUK SEMUA PENYOKONG KELANTAN:

ASSALAMUALAIKUM WBT... ULTRAS MALAYA DAN ULTRAS2 NEGERI AKAN MENGADAKAN MAJLIS KESYUKURAN ATAS PEMBEBASAN WIRA KITA.. 5 SAUDARA ULTRAS KITA PADA MALAM INI JAM 8.30MLM... BERTEMPAT DI "KAMPUNG BAHAGIA", JALAN BANGI LAMA (SELEPAS SEDIKIT SAHAJA DARI PUSAT NUKLEAR & ANDA AKAN NAMPAK BENDERA ULTRAS MALAYA DIPACAK D...I TEPI JALAN) "LAKSA JELAPANG PADI", NAMA KEDAI MAKAN TEMPAT MAJLIS INI BERLANGSUNG. SILA HUBUNGI SAUDARA PENDZ 012441554.. Terima kasih pada semua yang terlibat.
.

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Awas kebangkitan Kelantan

KEJAYAAN merangkul dua kejuaraan, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih dalam tempoh kurang 90 hari terus menjadikan Kelantan yang dipimpin oleh Tan Sri Annuar Musa antara kuasa baru bola sepak Malaysia yang perlu disegani.

Kejayaan tersebut hadir selepas Kelantan menanti hampir 26 tahun untuk membawa piala tersebut ke bumi Cik Siti Wan Kembang.

Disebalik kejayaan itu, ada nada kebimbangan disuarakan oleh ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu yang menyifatkan ia adalah satu permulaan selain perjalanan yang menanti anak-anak buahnya masih panjang dan beronak.

Menurutnya, kejayaan awal yang diperoleh sebaik tirai Liga Super musim 2011 di buka seharusnya dijadikan pencetus semangat untuk terus berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kecemerlangan Kelantan.

“Pemain yang bermotivasi sentiasa bersemangat untuk bermain dan memenangi perlawanan. Apabila anda cukup berkomunikasi di padang dan sentiasa bekerja keras, anda layak untuk menang dan kita membuktikannya semalam (kelmarin).

“Saya harap pemain tidak terlalu bergembira dengan kejayaan ini sehingga menjadikan mereka lalai kerana musim masih panjang dan saya tidak mahu kejayaan terhenti di sini kerana misi kita ialah mencari kejayaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, biarpun berjaya menumpaskan gergasi Lembah Klang itu, namun, beliau telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang ada pada pasukannya dan berharap ia akan dapat diselesaikan sebelum turun melayan kunjungan Terengganu di Kota Bharu, esok.

Katanya, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh para pemain terutama bahagian pertahanan yang mempamerkan disiplin yang cukup baik ketika mengekang asakan penggempur Selangor.

“Saya pesan kepada semua pemain sebelum ini, kita kena main seperti seorang juara. Juara mesti sentiasa bersemangat dan sentiasa mempamerkan lebih daripada apa yang ditunjukkan oleh pasukan lawan, tidak boleh terlalu merendah diri ketika beraksi.

“Saya mahu motivasi itu kekal dalam diri pemain, mereka kena sedar Kelantan adalah juara Piala Malaysia dan pemain yang ada dalam pasukan Kelantan mestilah mereka yang sentiasa hanya inginkan kejuaraan,” ujarnya.

Perlawanan merebut Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam malam kelmarin menyaksikan Kelantan dinobatkan sebagai juara baru dan buat pertama kalinya merangkul piala tersebut selepas menumpaskan Selangor dengan 2-0.

Gol Kelantan disumbangkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit kelapan menerusi sepakan penalti selepas pemain sayap, Nurul Azwan Roya dijatuhkan pertahanan Selangor, Razman Roslan dalam kotak penalti. Badri Radzi melengkapkan malam bergaya itu dengan gol kedua menerusi sepakan percuma.


Langkah Baru Red Warriors


“Perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama”. Pepatah tersebut memang kena dengan tempatnya jika dikira dengan perjalanan Red Warriors untuk bersama-sama dengan kuasa elit bolasepak tanahair.

Kejuaraan pertama musim 2011 ini semalam iaitu dengan membenam Selangor di tempat lawan dan menjulang Piala Sultan Hj Ahmad Shah menjadi suatu katalis bagi musim yang boleh dikatakan penuh berliku ini.

Penuh dengan kontroversi dan disi dengan pelbagai drama tidak menjadi halangan yang sukar ketika pasukan yang dibimbing Dato’ M Karathu ini dengan selamba mengutip tiga mata berharga di tempat lawan dan kemudiannya mendakap piala pertama utuk musim ini.

Perlawanan yang dijangka panas sebenarnya agak teratur untuk Red Warriors untuk 30 minit pertama pertama perlawanan. Sebelum ini para penonton digoyahkan sedikit oleh keputusan perlawanan pra musim yang agak teruk seharusnya boleh menarik nafas lega dengan persembahan pemain-pemain yang baru diambil untuk musim ini.

Secara logiknya, pemergian Indra dan Farhan untuk mengatur serangan tidak perlu lagi digusai oleh para penyokong. Suntikan larian kencang oleh Nurul Azwan (Awe) di sebelah kiri dan gelecekan oleh Soley disebelah kanan mengundang rasa terhibur untuk penyokong yang secara amnya masih lagi mengharap sentuhan Nor Shahrul Idlan untuk membuat penyudahan.

Menang dengan dua gol di tempat lawan adalah suatu petanda yang Kelantan tidak goyah sedikit pun untuk menjalani musim 2011 yang panjang ini. Mengambil kesinambungan tahun lepas dengan persembahan yang sangat cemerlang ditempat lawan, skuad yang diketuai oleh Piyaa mempamerkan hantaran pendek yang kemas dan dibantu oleh larian cemerlang oleh Daudsu.

Mungkin suatu yang boleh diperbaiki ialah rasa yang terlalu hormat kepada pemain Selangor seperti Safee dan Amri yang membataskan ‘keinginan’ untuk menyerang kubu lawan. Zairul Fitri (Roypi) yang agak sibuk mengawal Safee dan sekali sekala ‘clearance’ yang agak liar dari Rizal dan Ishe membantutkan tempo menyerang kubu lawan.

Gerakan cemerlang Awe pada minit ke-6 dan seterusnya menghadiahkan sepakan penalti untuk Kelantan dan gol cemerlang sepakan percuma Piyaa sebenarnya membenarkan semua rakyat Kelantan untuk bermimpi lebih pada tahun ini. Dibantu oleh pengurusan yang cemerlang, skuad ini sepatutnya boleh pergi lebih jauh lagi dan seterusnya mempersiapkan skuad dengan penuh kesungguhan sebelum Liga M menampilkan pemain import pada tahun hadapan. Perlawanan semalam juga seperti yang diperkatakan oleh M Karathu ialah kemenangan sepasukan. Red Warriors seperti satu unit yang mantap dengan formasi awal 4-5-1 dan kemudiannya bertukar kepada 4-3-3 pada separuh masa kedua.

Mungkin akur dengan barisan tengah Selangor yang agak ‘ternama’, taktikal mudahnya ialah dengan meletak lima barisan tengah dengan hanya Mat Yo yang bertindak seorangan di bahagian hadapan. Secara dasarnya, ini menyebabkan barisan enjin midfield selangor tidak berjaya beroperasi dengan baik dan mengundang kemarahan K Devan seterusnya mengeluarkan tiga midfielder ‘ternama’ mereka iaitu Hardi, Safiq dan Amri. Walaupun begitu, akibat kurang sokongan dan berseorangan , gerakan Mat Yo agak terbatas dan ini mengurangkan kebarangkalian untuk menjaringkan gol.

Kekurangan percubaan ke arah gol lawan seperti pada masa pertama adalah suatu yang perlu di perbaiki oleh panel kejurulatihan Kelantan dan formasi 4-3-3 pada separuh masa kedua adalah alternatif yang baik untuk taktik menyerang.

Persembahan yang baik semalam juga menampakkan beberapa tanda yang positif buat Kelantan dalam menghadapi Liga Super musim ini. Antaranya ialah :-

  • a) Piyaa akan dapat lebih banyak peluang menyempurnakan sepakan percuma dan membuktikan lebih banyak gol dihasilkan oleh set piece ini.
  • b) Barisan tengah yang teratur menyusun gerakan menyerang bermula dari Shakir.
  • c) Khairul Izuan Rosli (Pemain muda) mempunyai potensi yang cemerlang dan boleh diketengahkan walaupun perlu mengawal kegopohannya menyusun gerakan.
  • d) Kelantan boleh menggunakan sebaikknya Winger (Awe dan Soley) dan apa yang perlu ialah meletakkan penyerang yang mempunyai skill tandukan ( Rojo).
  • e) Daudsu kembali menjadi kereta kebal dan mengatur potensi menyerang dengan overlapping yang laju.
  • f) Rizal dan Farisham menampilkan tag-team yang baik walaupun kegusaran kehilangan Azizi masih lagi tebal. Mereka sebenarnya bermain agak baik dengan mengekang Safee dan Fadzli Shaari dari membuat percubaan bahaya. (walaupun satu tandukan mengenai palang)
  • g) Apek masih ‘cool’ untuk menampilkan persembahan yang baik dalam menjaga gawang. (Walaupun man of the match, kejayaan semalam adalah untuk sepasukan)

Dalam kegembiraan memenangi piala pertama musim ini, terdapat juga beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki bagi menjadikan impian TSAM dan seluruh peminat bolasepak Kelantan untuk melihat kita menjadi “SUPERWARRIORS’ menjadi kenyataan.

Antara yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana mahu mencari gol selain daripada Mat Yo yang nampaknya akan dikawal dengan ketat oleh pertahanan lawan. Begitu juga barisan pertahanan yang perlu lebih relaks dan membaca permainan pihak lawan.

Masalah penonton juga tak dapat dari apabila melibatkan Red Warriors. Penonton kita perlu lebih berhemah walaupun perlawanan semalam menampakkan satu benda yang sangat jelas untuk kita imbas untuk kejohanan Piala AFF tempoh hari. Ultras ialah dari pihak Red Warriors dan geng tembak laser ialah jelas dari penonton Selangor.

Ini dapat dibuktikan semalam semasa Mat Yo mahu menendang penalti dan semasa pasukan Selangor memperolehi sepakan sudut dan tendangan percuma. Mutu pengadilan juga boleh dipertingkatkan dan ianya adalah penting selaras dengan transformasi Liga M yang dilancarkan baru-baru ini.

Seterusnya ialah pertemuan dengan Terengganu, satu ‘derby’ pantai timur dan Red Warriors sepatutnya menghadiahkan penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke –IV tiga lagi mata berharga. Seperti kata pepatah di awalan tadi, Langkah pertama sudah dimulakan dengan jayanya dan InsyaAllah langkah seterusnya akan lebih bergaya untuk mencapai impian semua membentuk “Happy Superwarriors”.

Pemain Kelantan tambah semangat

SHAH ALAM – Bukan mudah untuk menewaskan Selangor yang beraksi di gelanggang sendiri, namun tugasan itu berjaya dilaksanakan Kelantan apabila membenam ego skuad Red Giants 2-0 dalam aksi perlawanan sumbangsih, kelmarin.

Orang paling gembira dengan kejayaan itu sudah tentu jurulatih baru Kelantan, Datuk M. Karathu yang membuktikan kepulangannya di bumi Kelantan seakan-akan memberikan tuah dengan menghadiahkan trofi pertama Kelantan pada perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia.

Tanpa berselindung, Karathu yang pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993 mengakui kejayaan itu akan melonjakkan motivasi pemainnya dalam memburu kejuaraan Liga Super pada musim ini memandangkan Selangor antara pencabar utama dan merupakan juara bertahan.

‘‘Menang ke atas Selangor di tempat lawan bukan satu perkara yang senang dan saya amat gembira kerana kami meraih tiga mata pada perlawanan pertama liga.

‘‘Selain menjuarai trofi Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama, saya dapat rasakan kemenangan ini akan memberikan motivasi buat pemain untuk memburu kejuaraan Liga Super,” kata Karathu selepas berakhir perlawanan, kelmarin.

Kelantan yang lebih dikenali dengan jolokan Red Warriors menang menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha menerusi jaringan penalti seawal minit kelapan dan sepakan percuma di minit ke-84 oleh Mohd Badhri Mohd. Radzi.

Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah Kelantan ke atas Selangor kepada lima pertemuan.

Terengganu akan menjadi lawan kedua Kelantan dalam saingan Liga Super pada perlawanan yang dijadualkan esok di Stadium Sultan Mohamed IV.

Walaupun pada awal musim ramai meramalkan Kelantan akan pincang di bahagian sayap selepas ketiadaan Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Nor Farhan Muhammad, sangkaan itu ternyata meleset sama sekali.

Aksi K. Soley (Solihin Kanasian) serta bekas pemain Johor FC, Mohd. Nurul Azwan Roya menggantikan dua pemain sayap itu jelas memukau pada perlawanan berkenaan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan Kelantan mampu melangkah lebih jauh pada musim ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Karathu sendiri yang memuji persembahan kedua-dua pemain itu yang menjadi nadi kepada jentera serangan Kelantan.

‘‘Walaupun masih baru, kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang permasalahan untuk bermain dengan baik dan kehadiran mereka akan banyak membantu Kelantan melangkah maju ke hadapan.

‘‘Saya harap mereka berdua dan pemain lain boleh mengekalkan momentum yang sama dalam setiap perlawanan yang kita akan harungi selepas ini,” ujarnya.

Karathu gembira, pemain diingat tidak leka

KOTA BHARU – Meskipun baru dinobatkan selaku juara Piala Sumbangsih buat kali pertama, jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu enggan mendabik dada dengan kejayaan kelmarin.

Sebaliknya, beliau mengingatkan anak-anak buahnya supaya tidak terlalu dibuai dengan kejuaraan tersebut dan memberikan fokus yang tinggi dalam setiap perlawanan yang bakal dihadapi selepas ini.

Menurut Karathu, kejayaan yang dikecapi menumbangkan Selangor pada perlawanan pembukaan Liga Super, kelmarin merupakan permulaan buat The Red Warrrios bagi menghadapi saingan Liga Super yang lebih mencabar pada musim ini.

“Saya gembira dengan apa yang telah ditunjukkan oleh para pemain. Walaupun baru digandingkan, mereka telah mempamerkan aksi terbaik serta menunjukkan persefahaman yang mantap terutama barisan pertahanan.

‘‘Mereka telah menunjukkan satu disiplin yang tinggi dan berjaya mengawal setiap asakan lawan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sokongan Buat Ultras

Lima rakan ultras Kelantan ditahan polis kerana didakwa membakar sejenis bunga api (Flare).

Sokongan Penyokong Bola Spak Kelantan kepada mereka berlima dan minta pihak polis segera membebaskan mereka kerana mereka bukan datang untuk membawa hukuman tetapi mereka datang untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Kelantan yang bersaing dalam Liga Malaysia.

- GoMore Kelate GoMore
Jadual Liga Super

Perlawanan Kedua
Kelantan mln Terengganu
Hari: Selasa
Tarikh: 1 Februari 2011
Jam: 8.45 Malam

Datang beramai-ramai beri sokongan kepada pasukan The Red Warriors.

Khairul Fahmi Dinobat Pemain Terbaik Perlawanan


KHAIRUL Fahmi (kiri) dan rakan sepasukan Mohd Badri Mohd Radzi bersama Piala Sultan Ahmad Shah yang mereka menangi selepas menumpaskan Selangor 2-0, malam tadi.

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyifatkan pemilihannya sebagai pemain terbaik perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sebagai kejayaan sepasukan.

Beliau berkata, kejayaan itu dikongsi bersama kerana ia hadir hasil usaha sepasukan dan semua pihak memainkan peranan dalam memastikan kemenangan Kelantan.

“Ini adalah anugerah pemain terbaik pertama yang saya terima, dan pastinya ini menguatkan lagi keazaman saya untuk terus mempamerkan aksi cemerlang.

“Kejayaan menjulang trofi ini juga akan menjadi pembakar semangat kepada skuad Kelantan untuk meneruskan aksi cemerlang dalam Liga Super musim ini,” katanya.

Khairul Fahmi juga berjaya mengekang rakan sepasukan skuad kebangsaan, Safee Sali yang menjadi penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF buat menghampakan Selangor di halaman sendiri.

Ahad, 30 Januari 2011

Piala Sumbangsih: Suka Bawa Duka


Saat Suka
Hantaran pendek yang tepat, barisan tengah perancang terbaik, kombinasi Nurul Azwan Roya, K.Soley, Mohd Badhri dan Norshahrul menjadi, barisan pertahanan dan penjaga gol yang kebal dan kental. Inilah antara komen-komen suka seluruh penyokong Kelantan apabila wisel penamat ditiupkan semalam.

Pujian melambung juga turut diberikan kepada ketua jurulatih baru The Red Warriors Datuk M. Karathu yang dilihat mampu mengatur strategi yang mantap. Pasukan Selangor semalam dilihat tidak berdaya melawan asakan pemain The Red Warriors yang diketuai Mohd Badhri, biarpun beberapa kali cubaan Safee Sali dan Amri Yahya merempuh pertahanan dihampakan dan dapat dipatahkan oleh barisan pertahanan dan penjaga gol tersohor di Malaysia.

Nuffnang Ads

Ramai pengkritik sukan dan termasuk pengulas sukan Astro Arena turut teruja dengan prestasi memberansangkan The Red Warriors, ternyata kekalahan demi kekalahan pada perlawanan persahabatan merupakan antara strategi bekas jurulatih B. Sathianathan untuk mengaburi pasukan lawan. Oleh itu tidak hairan jika pada 2 minggu lepas Safiq Rahim ketika ditemuramah wartawan arus perdana mengatakan dia hanya gerun dengan persembahan pasukan Negeri Sembilan seolah-olah mengambarkan perlawanan terdekat menentang Kelantan sedikit pun tidak digeruni.

Malah tanggapan Safiq Rahim turut mempengaruhi segelintir penyokong Kelantan yang turut menjangkakan prestasi Kelantan akan merosot akibat ketiadaan tiga bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan T.Team. Jika dihitung jumlah kehadiran penyokong Kelantan semalam sedikit merosot, berbanding jumlah penyokong bagi perlawanan menentang Selangor sebelum ini. Hujan sepanjang hari semalam juga mungkin salah satu faktor kemerosotan jumlah kehadiran. Kehadiran penyokong bersih daripada sebarang insiden pergaduhan dan provokasi serta terima kasih kepada pihak keselamatan stadium dan pihak polis yang berkerja keras memastikan perlawanan ini bebas daripada sebarang masalah yang sering melanda kedua-dua penyokong ini.

Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui semalam turut bangga dengan kemenangan ini dan sekaligus menutup segala masalah yang merencatkan perancangan beliau dalam pembangunan bolasepak Kelantan. Kemenangan ini adalah hadiah beliau kepada seluruh penyokong Kelantan yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada beliau memimpin pasukan bolasepak Kelantan supaya terus digeruni dan mencapai kegemilangan dalam mengutip piala-piala yang masih belum singgah di bumi Kelantan. Beliau turut berterima kasih kepada Datuk M. Karathu yang melaksanakan tugasan pertamanya dengan sempurna dan cemerlang.

Ucapan daripada barisan kepimpinan KAFA di Facebook:

Admin: Kelantan juara Piala Sultan Ahmad Shah 2011!

Syabas kepada semua pemain, management dan yang semestinya, para peminat! Alhamdulillah, semoga TRW terus maju dan berjaya sepanjang tahun ini!
alhamdulillah, kita julang Piala Sultan Ahmad Shah utk kali pertama tahun ini.. satu permulaan yg baik. berkat doa semua.
Syukur kita menang n menjulang piala sultan ahmad shah tp kejuaraan semlm hampir musnah sekiranya perlawanan semlm d batalkan angkara balingan botol n mercun......sampai bila sep kita nk jd lagu ni!!!!!

Saat Duka

Namun kegembiraan KAFA tidak lama kerana KAFA berkemungkinan akan didenda bagi setiap kesalahan para penyokong yang masih berdegil atau membawa perangai ulu mereka ke stadium walaupun sering kali ditegur dan dinasihatkan. Antara kesalahan yang masih ada semalam, membaling dan membawa masuk mercun, mengibar bendera politik, merosakkan harta benda stadium, membaling botol atau objek ke dalam padang dan membawa barangan kawalan polis seperti Flare. Balingan objek dan mercun telah menyebabkan perlawanan dihentikan lebih 10 minit kerana para pengadil gerun dengan balingan objek dan mercun berterusan daripada penyokong Kelantan.

Pelik sikap penyokong pasukan juara tetap sama, biarpun pihak polis dikerah lebih ramai mengawal gelagak penyokong Kelantan, ianya sedikitpun tidak menimbulkan perasaan takut kepada penyokong Kelantan. Apa sudah jadi dengan penyokong kita? Kenapa masih terbawa-bawa perangai tidak senonoh dan kekampungan ini? mungkin jawapan ini ada pada diri masing-masing, apa yang pasti KAFA mungkin didenda. Sedih mengenangkan saban tahun ada sahaja segelintir peminat yang suka membuat onar.

Namun pujian harus diberikan kepada seluruh penyokong Kelantan yang lain kerana terus bersemangat dan mengekalkan sikap bijak mereka dalam menyaksikan perlawanan ini. Paluan gendang bertalu-talu dan sorakan gamat sepanjang masa memecahkan kesunyian kem penyokong Selangor yang sudah kaku tergamam dengan jaringan cantik ketua pasukan Kelantan melalui sepakan percuma yang melencong tepat menewaskan penjaga gol Selangor.

Diharap kelab-kelab penyokong dan seluruh penyokong Kelantan terus berusaha gigih bersama KAFA memastikan baki perlawanan Kelantan selepas ini bebas daripada denda. Tiada guna penajaan dan nilai tiket penonton jutaan ringgit yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan pasukan Kelantan, dibazirkan kepada denda-denda yang dilakukan penyokong Kelantan.

FAKTA UNDANG-UNDANG MALAYSIA:

Kesalahan membawa "semua jenis mercun termasuk Mercun yang dikenali Flare boleh disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Bahan Letupan 1957. dan jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.


Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo


Karathu Lulus Ujian Pertama.



M. Karathu lulus ujian pertama apabila membantu Kelantan muncul juara dalam perlawanan Piala Sumbangsih, malam tadi.

Hanya tiga hari membimbing Kelantan, corak taktikal diatur pengendali Kijang tersebut nyata membuahkan hasil lumayan kerana selain mengondol kejuaraan, Kelantan turut memungut tiga mata penting bagi saingan Liga Super.

Tiada yang mampu diucapkan M. Karathu ketika pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat memberikan kemenangan bermakna keatas musuh tradisi mereka.

Ketika ditemui pihak media, Karathu dengan bangganya menghadiahkan piala ini kepada seluruh penyokong Kelantan.

Dia turut memuji persembahan anak didiknya kerana menunjukkan keyakinan yang tinggi walau memikul tekanan berat sebelum perlawanan.

Berbeza dengan pengendali Selangor, K. Devan dimana dia tidak dapat menerima sepakan penalti yang diperoleh Kelantan pada awal babak pertama kerana mendakwa gol tersebut membunuh semangat pemain Selangor.

Gol kedua saya dapat terima tetapi Kelantan sebenarnya bernasib baik menjaringkan gol dengan dua sepakan bola mati. Mereka tidak dapat melakukan jaringan melalui serangan padang, tidak seperti Selangor berjaya mencipta peluang namun gagal disudahkan, jelas K. Devan.
Masih Banyak Kelemahan.


Dua gol melalui situasi bola mati memberikan kejayaan bersejarah buat The Red Warriors dalam saingan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ternyata kontroversi yang melanda pasukan sejak sebulan lalu dapat diharungi dengan berkesan oleh semua pemain Kelantan untuk mencatatkan kemenangan bergaya keatas juara bertahan, Selangor.

Namun, masih banyak kelemahan yang ditunjukkan anak didik M. Karathu terutamanya kegagalan hantaran bola dengan kemas serta kelekaan pemain tengah. Mujurlah pasukan lawan turut menghadapi masalah sama menyebabkan mereka kempunan untuk meraih kejuaraan secara hatrik.

Melihat aksi pemain Kijang, mereka bijak mengatur gerakan pada awal permainan hasil kesilapan pemain pertahanan tuan rumah yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Semuanya berpunca dari serangan secara pantas yang diatur melalui rangkaian Solehin, Azwan Roya, Badri, Shakir Shaari dan Norshahrul Idlan menyebabkan pemain benteng Selangor kelam kabut mempertahankan kawasan mereka.

Namun memasuki pertengahan babak pertama dan awal babak kedua, pemain Kelantan memperlahankan rentak selain gagal melakukan hantaran dengan baik dan seringkali dipintas pemain pasukan lawan.

Mujurlah kesilapan demi kesilapan pemain tengah Kijang dan rencana pemain berstatus kebangsaan Selangor berjaya disekat dengan baik pertahanan Kelantan.

Pemain benteng Kelantan wajar dipuji dalam perlawanan ini kerana berjaya mengekang gerakan demi gerakan yang diatur pasukan tuan rumah. Banyak perangkap offside berjaya dihasilkan selain banyak bentesan bersih, pintasan dan juga kawalan man to man keatas pemain Selangor.

Cuma yang menjadi masalah ketika ini ialah pemain Kelantan masih belum mampu merencana gerakan bahaya kearah pintu gol lawan. Berdasarkan perlawanan tadi, hanya tiga percubaan dapat dilepaskan melalui gerakan padang. Dua percubaan melalui Badri Radzi dan satu hasil gerakan solo Nurul Azwan Roya dari sebelah sayap.

Selebihnya, gerakan mereka banyak tersekat hasil hantaran tidak kemas. Mungkinkah perlawanan pertama menyebabkan pemain Kelantan belum bernafsu untuk merencana gerakan kearah pintu gol lawan.

M. Karathu mungkin perlu meneliti kembali video perlawanan untuk melihat sendiri beberapa kelemahan yang ditonjolkan pemain Kelantan dan diharapkan perlawanan 2 Februari ini melawan Terengganu di Kota Bharu dapat diharungi tanpa masalah.

Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011


Tahniah Kelate! Kelantan buat pertama kalinya menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Selangor pulak gagal mencapai impian menjuarai piala ini buat kali ketiga berturut-turut. Sememangnya permainan malam ini memang best untuk kedua-dua pasukan Juara Piala Malaysia dan Juara Liga Super 2010.

Namun kemenangan nyata berpihak kepada Kelantan dengan jolokan The Red Warriors dengan jaringan penalti oleh penyerang profilik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 dan sepakan percuma yang cantik dari kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya pada minit ke-73.

Kelantan yang menguasai perlawanan minit-minit awal menyebabkan pasukan Selangor agak kelam-kabut dan seringkali dilihat tidak dapat mengawal bola dengan baik sehinggakan pemain Kelantan dapat merampas dan menyerang ke kubu pasukan Selangor. Pada minit ke-8, Nurul Azwan Roya yang merupakan bekas pemain Johor FC pada musim lepas dijatuhkan di dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan kad kuning pertama dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan. Norshahrul Idlan Talaha dengan baik menjaringkan gol pertama Kelantan dan pertama di dalam musim Liga Super 2011.

Selangor juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan percubaan-percubaan yang menarik. Gandingan Safee Sali dan Mohd Amirulhadi Zainal juga dilihat cuba memecah benteng pertahanan Kelantan yang ampuh iaitu Farisham, Daudsu. Selain dari kecekapan penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Sepakan berbahaya juga dapat dihasilkan oleh Amri Yahyah dan Safee Sali. Penyerang Selangor, Fadzly Saari dilihat sentiasa berada di dalam offside untuk menjaringkan gol dan sememangnya pertahanan Kelantan bijak memerangkap penyerang Selangor untuk dalam keadaan offside.

Dato’ M.Karathu dan K.Devan pastinya mempunyai strategi masing-masing untuk separuh masa kedua. Nyata permainan pada separuh masa kedua tidak mengecewakan dan menghiburkan bagi kedua-dua penyokong Selangor mahupun Kelantan. Serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Pada minit ke-73, Kelantan diberikan sepakan percuma di sebelah kanan gawang Selangor. Sepakan diambil oleh kapten Kelantan, Piya yang menyepak rendah dan padu ke arah pintu gol Selangor melepasi jangkauan penjaga golnya, Mohd Iqbal Suhaimi dan terus ke dalam jaring Selangor. 2-0.

Perlawanan tamat dengan 2-0, Kelantan menang ke atas gergasi merah kuning. Namun, jika dilihat kini Selangor sememangnya bukan lagi pasukan tandingan Kelantan apabila dari 5 perlawanan terakhir menentang Kelantan, 3 perlawanan seri manakala 2 lagi perlawanan kalah. Kelantan kini adalah pasukan yang digeruni oleh pihak lawan dan sememangnya menjadi calon utama untuk menjuarai ASTRO Liga Super 2011 dan seterusnya layak ke Piala AFC tahun 2011.

Tamat permainan, Khairul Fahmi Che Mat diumum sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Sumbangsih 2011. Kemenangan ini juga merupakan hadiah buat jurulatih Kelantan yang digantung selama 6 bulan oleh FAM, B.Sathianathan. Jurulatih baru Kelantan yang hanya sempat melatih Kelantan selama 2 hari, Dato’ M.Karathu berjaya membawa pulang piala sumbangsih ini ke bumi Kelantan. Pernah melatih Kelantan 18 tahun lepas selepas berjaya membawa Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia 1993 tetapi tewas kepada Kedah. Sekalung tahniah juga kepada pemain ke-12 Kelantan, iaitu penyokong-penyokong pasukan Kelatan The Red Warrior yang tidak putus-putus dan tidak berbelah bahagi. Tahniah! teruskan supaya kita dapat menjadi Juara Liga Super 2011!

Kelantan Julang Piala Lagi


SELANGOR 0

KELANTAN 2
Norshahrul Idlan Talaha(pen m-8)
Muhd Badhri Radzi (m-84)

SHAH ALAM – Genap tiga bulan menjulang Piala Malaysia, Kelantan sekali lagi mencipta sejarah baru apabila muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah buat pertama kali setelah mengalahkan Selangor 2-0 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ini merupakan kejuaraan pertama pasukan The Red Warriors memenangi piala tersebut sejak ianya mula dipertandingkan dalam pentas bola sepak negara 27 tahun lalu. Pertembungan Selangor dan Kelantan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah musim dipilih berdasarkan kriteria Selangor yang muncul sebagai juara Liga Super dan Kelantan pula dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia musim lalu.

Beraksi dihadapan hampir 40,000 penyokong dengan sokongan padu yang seimbang oleh kedua-dua penyokong, Kelantan yang mendapat sentuhan jurulatih baru, Datuk M Karathu tiga hari lalu membuktikan kemelutan yang membelenggu pasukannya sebelum ini tidak menghalang impian mereka untuk meruntuhkan keyakinan tinggi pasukan Red Giants untuk mempertahankan kejuaraan dihalaman sendiri.

Kelantan yang melakukan sepak mula terlebih dahulu menguji kekentalan pintu gol Selangor seawal minit pertama perlawanan menerusi sepakan percuma Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi namun sepakannya sedikit melewati palang.

Pada minit kelapan, Kelantan diberikan sepakan penalti apabila bek kanan Selangor, Mohd Razman Roslan menjatuhkan Mohd Nurul Azwan Roya didalam kotak penalti. Penyerang prolifik kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha mudah menyepak masuk ke sebelah kiri pintu gol menewaskan Mohd Iqbal Mohd Suhimi.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor kembali menggandakan asakan menerusi serangan balas pada m-12 melalui Mohd Shafiq Rahim namun lorongannya terlalu jauh untuk disambut Mohd Safee Sali.

Selang seminit kemudian, Selangor hampir menyamakan kedudukan namun percubaan pemain kebangsaan Mohd Shafiq daripada luar kotak penalti diselamatkan pemain pertahanan Kelantan diatas garisan gol. Dominasi Selangor berterusan selepas ini apabila mempunyai dua peluang terbaik melalui Mohd Hardi Jaafar pada m-17 dan 20 namun percubaannya jauh tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Namun anak buah pengendali baru, M Karathu jelas tidak mahu mengalah apabila turut mempunyai peluang menambahkan gol pada m-23 hasil situasi kelam-kabut didepan pintu gol Selangor tetapi kuisan Muhd Badhri sedikit melewati palang.

Pada m-32, Mohd Safee merakamkan kehampaan apabila tandukannya hasil hantaran lintang Mohd Shafiq terkena palang gol Kelantan biarpun Khairul Fahmi Che Mat sudah pun tertewas. Sementara pada minit-minit akhir separuh masa pertama, kehebatan Khairul Fahmi sekali teruji menerusi percubaan jarak jauh 35 meter oleh Mohd Hardi yang hampir memerangkap beliau digawang gol Kelantan.

Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan menampilkan aksi permainan pantas dan menghiburkan apabila saling menyerang ke pintu gol pasukan masing-masing. Pada m-52, Selangor sekali lagi hampir menyamakan kedudukan apabila hantaran jauh Mohd Amri ditampan Mohd Safee menerusi kuisan mengelirukan namun Khairul Fahmi berada tepat pada masanya menyelamatkan pintu gol Kelantan.

Pada m-61, giliran Kelantan pula membalas serangan menerusi lorongan Muhd Badhri yang ditampan kemas Mohd Nurul Azwan yang kemudian membawa masuk bola ke dalam kotak penalti tetapi sepakan kencangnya diselamatkan Mohd Iqbal.

Pada m-62, pengadil perlawanan Mohd Yusof Mat Karim terpaksa menghentikan perlawanan kira-kira 10 minit gara-gara tindakan penyokong Kelantan membaling mercun dan botol minuman ke kawasan padang.

Selang 13 minit kemudian, Mohd Safee sekali lagi kempunan untuk meletakkan bola ke dalam jaring apabila rembatan jarak jauhnya mudah dibaca Khairul Fahmi. Sementara itu, percaturan Jurulatih Selangor, K Devan mengeluarkan Ketua Pasukan, Mohd Amri dan memasukkan S Sritharan selepas itu tidak banyak membantu menguatkan jentera serangan pasukannya.

Pada m-84, Stadium Shah Alam sekali lagi bergema dengan sorakan setia penyokong The Red Warriors apabila sepakan percuma Muhd Badhri menerjah jaring seterusnya menewaskan Mohd Iqbal menghasilkan gol kedua Kelantan.

Sementara dua percubaan pemain gantian, S Sritharan pada masa kecederaan sekadar tersasar ke sebelah kanan pintu gol Kelantan dan terus ke dakapan Khairul Fahmi.

Sementara itu, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi turut diumumkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan malam tadi. Kejayaan mengatasi Selangor dengan kemenangan dua gol membolehkan Kelantan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Liga Super musim ini disamping menamatkan rekod tidak pernah menang di Stadium Shah Alam sejak sekian lama.

Kesebelasan utama pemain :

SELANGOR : Mohd Iqbal Mohd Suhimi, P Gunalan, Yosri Derma Raju, Mohd Razman Roslan, Mohd Asrarudin Putra Omar, Mohd Hardi Jaafar (Mohd Fazilidin Khalid), Mohd Amri Yahyah (KP)(S Sritharan), Shafiq Rahim (Mohd Fitri Shazwan Raduwan), Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Fadzli Shaari dan Mohd Safee Mohd Sali.

FORMASI : 4-4-2

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Solehin Kanasian Abdullah, Mohd Shakir Shaari, Danial Fadzly Abdullah (Mohd Khairul Izuan Rosli)(Khairan Eroza Razali) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-5-1

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Selangor (4) Kelantan (3)
Percubaan tersasar : Selangor (6) Kelantan (4)
Sepakan sudut : (5) Kelantan (3)
Sepakan percuma : Selangor (25) Kelantan (16)
Offsaid : Selangor (5) Kelantan (1)
Kekasaran : Selangor (10) Kelantan (24)
Kad kuning : Selangor (Mohd Razman Roslan) Kelantan (Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : Selangor (48%) Kelantan (52%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Yusof Mat Karim
Penolong Pengadil 1: Mohd Hanif Abd Rahman
Penolong Pengadil 2: M Sivanesan
Pegawai Keempat : S Sittharanjanan
Komisionel Perlawanan : Mustaq Khan Alias Khan
General Kordinator : Suhairi Rahmad

Kelantan 1 - 0 Selangor.
(Shahrul mnt 8 pen,Piya mnt 75)

Pemain Terbaik Perlawanan :
Khairul Fahmi Che Mat(Penjaga gol)

Kelantan akhirnya berjaya merobek gawang Selangor dalam aksi pembuka tirai liga super 2011 malam tadi.Kejayaan membenam Selangor digelanggang lawan mengesahkan Kelantan menjulang Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya dalam sejarah.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kehebatan pemain-pemain yang baru dibeli Kelantan terutamanya Nurul Azwan Roya yang telah membuktikan bahawa beliau adalah pemain berbisa dalam liga super tahun ini.Memiliki larian pantas serta sering berjaya memperdaya barisan pertahanan Selangor dan berjaya menghasilkan penalti untuk Kelantan pada minit ke-tujuh perlawanan setelah dijatuhkan dalam kotak penalti.

Apek juga bertindak cemerlang walaupun hampir-hampir ditewaskan oleh Amri dengan tandukan kebelakang yang mengelirukan,mujurlah Daudsu berada diposisi yang betul dengan mengeluarkan bola tersebut.Apek ternyata bertidak cemerlang malam tadi sambil dibantu kekentalan barisan pertahanan yang diketuai Rizal Fahmi,Daudsu,Farisham dan Zairul Fitri.

Barisan tengah Kelantan juga banyak memberi sumbangan kepada kejayaan Kelantan malam ini dengan Shakir dan Piya begitu rajin membantu serta memberikan lorongan cantik bagi menghasilkan gol untuk Kelantan.

Sekalung tahniah kepada seluruh pemain yang berjaya memadamkan ego Selangor malam tadi yang mnyaksikan mereka kecundang di gelanggang sendiri dan kemenangan ini seharusnya dijadikan momentum bagi perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Nantikan kehadiran ribuan tentera-tentera merah di SSMIV ketika betemu Terengganu selasa ini.Kami dibelakang anda The Red Warriors.

GOMO KELATE GOMO!!!

Sabtu, 29 Januari 2011

Karathu teruskan taktikal Sathianathan

KOTA BHARU - Tempoh dua hari yang dimiliki oleh pengendali baru Red Warriors, Datuk M.Karathu mencukupi untuk beliau menyusun strategi bagi menghadapi Perlawanan Sumbangsih menentang Selangor di Stadium Shah Alam, hari ini.

Bekas jurulatih Perak itu berkata, pada pertembungan dengan Selangor, anak-anak buahnya akan turun dengan taktikal yang telah dirancang oleh bekas rakan sejawatnya, B.Sathianathan.

Menurutnya, beliau hanya sempat menjalani latihan selama dua hari bersama pasukan selepas mengambil alih tugas Sathia, yang digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Bagi saya keputusan terbaik adalah mengekalkan taktikal yang digunakan oleh bekas jurulatih Sathia. Tempoh dua hari tidak cukup buat saya untuk mengubah keseluruhan corak permainan pasukan.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Sathia dan Hashim Mustapa untuk pemain merencanakan taktikal terbaik apabila turun menentang Selangor malam esok (malam ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tahap kecergasan pemain masih belum memuaskan untuk perlawanan yang berprestasi tinggi hari ini, iaitu aksi pertama musim ini.

"Masalah ini sering berlaku kepada pemain tempatan. Saya kira Selangor juga berdepan masalah yang sama," katanya.

Karathu menjelaskan, untuk perlawanan hari ini, pasukannya berdepan masalah apabila dua penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha belum pasti diturunkan, selepas mengadu kesakitan pada sesi latihan sejak dua hari.

Tambahnya, lebih memeritkan, beliau terpaksa melupakan khidmat pemain lincah, S. Chanturu yang masih cedera.

"Namun kami masih ada dua penyerang muda yang boleh diketengahkan iaitu Nizad Ayub dan Ramzul Zahini Adenan.

"Bagi saya ia satu situasi yang cukup baik apabila semua pemain mempunyai keyakinan untuk turun beraksi dan pentas akhir tidak sama dengan perlawanan biasa, saya mahu para pemain beraksi dengan gembira dan buktikan kemampuan," ujarnya.

Karathu menyifatkan Selangor memiliki kekuatan dari segi serangan kerana memiliki pemain yang bagus seperti Safee (Sali), Amri (Yahyah) dan Amirulhadi (Zainal).

"Ini bermakna barisan pertahanan kami perlu bekerja kuat untuk mengekang mereka," ujarnya
Sentuhan Karathu jadi sandaran Red Warriors



MAHU dianggap sebagai 'underdog', Kelantan yang gah menjulang Piala Malaysia, musim lalu tidak mahu terlalu yakin dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2011 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pertama kali dapat beraksi dalam perlawanan sumbangsih, keresahan persiapan pasukan The Red Warriors adalah berikutan kecederaan tiga tonggak utama pasukan itu.
“Kami akui Selangor sangat kuat namun pemain Kelantan akan cuba memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan sumbangsih ini untuk memberi kejutan. Kecederaan pemain utama kita - S Subramaniam (pertahanan), S Chanturu (penyerang) dan Norshahrul Idlan Talaha (penyerang) mungkin mengganggu rentak perlawanan,” kata pengurus Kelantan, Azman Ibrahim di sidang akhbar, semalam.
Azman berkata status Norshahrul yang sebelum ini membantu skuad Harimau Malaya membawa pulang Piala Suzuki AFF bagaimanapun belum diketahui dan mungkin dia masih boleh menyertai dalam perlawanan pembukaan musim baru Liga Super itu.

Mengenai jurulatih baru, Datuk M Karathu yang baru saja dua kali berkesempatan menjalani latihan bersama skuad Kelantan, Azman berkata motivasi dan komitmen pemain terhadap jurulatih yang pernah membimbing Kelantan 18 tahun lalu, adalah baik.

“Pelantikan Karathu tidak menjadi masalah buat pemain, lagi pun Karathu pernah membimbing skuad Kelantan pada 18 tahun lalu ,” katanya mengenai Karathu yang baru dilantik menggantikan B Sathianathan yang digantung selama enam bulan

Detik getir



pix_gal0
Dua wira harumkan negara kini jadi 'musuh'

KEDUA-dua pengendali - K Devan dan Datuk M Karathu - harus ceria kerana memiliki limpahan pemain untuk mencongak kesebelasan terbaik bagi pertembungan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, malam ini.
Kelantan akan melangkah turun ke Stadium Shah Alam dengan sedikit perasaan gementar kerana beraksi buat julung kali dalam perebutan piala berusia 26 tahun ini manakala Selangor beranggapan sorakan padu penyokong Merah Kuning akan menjadi faktor pembantu utama dalam merencanakan satu lagi kejayaan di laman sendiri.
Perlawanan membabitkan dua skuad gergasi yang memiliki ramai pemain bintang, termasuk beberapa anggota yang membantu pasukan negara menjuarai Piala Suzuki AFF, Disember lalu tidak dinafikan bakal menjadi tarikan besar penonton tanah air.

Apapun, Kelantan seperti merendahkan diri apabila menganggap mereka sebagai barisan ‘underdog’ tetapi status selaku juara baru Piala Malaysia harus menyajikan satu lagi aksi terpuji daripada mereka, apa lagi sentuhan Karathu yang kembali menabur bakti selepas kali terakhir membimbing The Red Warriors pada 1993.

Perlawanan tumpuan lain seperti Negeri Sembilan melawan Harimau Muda A serta bekas juara, Kedah bertembung T-Team harus menerbitkan satu lagi saat ghairah kepada penonton ketika Liga Super yang membuka tirai, malam ini ditakrif akan kembali menambat hati penonton yang sudah mula mencintai bola sepak.

Balas Kepercayaan Peminat – Piya


Muhd Badhri Radzi

KOTA BHARU – “Bermain seperti biasa dan balas kepercayaan peminat”. Begitulah pesanan Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang sepak mula perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah membabitkan pertemuan Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini.

Muhd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya pemain yang berasal dari Jalan Atas Paloh, dekat Kota Bharu diberi kepercayaan memakai lilitan dilengan sebagai Kapten baru Kelantan menggantikan Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke pasukan T-Team musim ini.

Muhd Badhri berkata, dia berharap pasukan Kelantan dapat mencipta kemenangan dalam perlawanan malam ini sebagai pembakar semangat dalam perlawanan pembukaan Liga Super musim ini.

“Saya minta semua pemain bertenang dan kita akan turun bermain seperti biasa menentang Selangor. Sekalipun tanpa B Sathianathan (digantung enam bulan) kita tetap akan menunjukkan satu persembahan yang terbaik lebih-lebih lagi dihadapan penyokong setia Kelantan malam ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebelum berlepas ke ibu negara semalam.

“Saya percaya dengan gabungan di antara pemain muda dan lama yang ada, kita mampu membuktikan kita sesuatu kepada peminat. Sekali tanpa beberapa tonggak yang berhijrah, pasukan Kelantan yang baru pada hari ini tidak ada bezanya dengan musim lalu.

“Kita ada Nurul (Mohd Nurul Azwan Roya), Solehin (Solehin Kanasian Abdullah) Norshahrul (Idlan Talaha) yang tidak kurang hebatnya bahkan barisan pemain kita tidak tempang musim ini sebagaimana diragui peminat sebelum ini,” katanya.

Menurut Badhri, kekuatan pasukan Kelantan adalah berpaksikan kepada keserasian mereka bertindak sebagai satu unit pasukan dan beliau tidak melihat mengapa Kelantan tidak boleh menang dalam perlawanan malam ini.

“Pesanan saya kepada rakan-rakan walau apa dugaan sekali pun yang datang, kita akan tetap bermain sebagai sebuah pasukan. Walau pun kita ditimpa musibah ekoran penggantungan jurulatih dan latihan kita sedikit terjejas beberapa hari lalu namun semua itu tidak mematahkan semangat kita.

“Bahkan suntikan semangat daripada jurulatih baru, Datuk M Karathu dibantu oleh Sathianathan bakal membakar semangat kita untuk membawa pulang piala itu buat pertama kali ke Kota Bharu,” katanya.

Khairul Fahmi Janji Sekat Selangor


Kecemerlangan pada Piala Suzuki AFF bulan lalu pastinya mahu diteruskan oleh Khairul Fahmi Che Mat, apabila pasukannya Kelantan menentang Selangor pada Perlawanan Sumbangsih, hari ini.

KOTA BHARU – Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjanjikan aksi terbaik jika diberi tugas mengawal benteng terakhir pasukannya menentang Selangor pada Perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, hari ini.

Turun dengan misi membantu Kelantan merangkul kejuaraan pertama Piala Sultan Ahmad Shah, selain memungut tiga mata pada aksi sulung Liga Super musim ini, Khairul Fahmi berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan tersebut.

Menurutnya, walaupun Kelantan dilanda beberapa masalah, ia tidak menjejas tumpuannya menjelang perlawanan itu.

“Segala persiapan berjalan lancar. Untuk perlawanan esok saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membantu Kelantan memenangi perlawanan tersebut.

“Walaupun turun tanpa jurulatih B. Sathianathan yang digantung, kehadiran jurulatih baru Datuk M. Karathu memberi semangat buat seluruh pasukan,” katanya ketika dihubungi sini, semalam.

Fahmi, kelahiran Kampung Cherang, membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF bulan lalu.

Mengulas pertembungan Kelantan-Selangor, Khairul Fahmi menjangkakan perlawanan sengit.

“Selangor sebuah pasukan yang kuat, mereka ada ramai pemain yang hebat dan berpengalaman. Namun saya dan rakan-rakan tidak akan memberikan laluan mudah buat Selangor.

“Kami akan berjuang bermati-matian seterusnya membawa pulang kejuaraan ke Kelantan, selain mendapatkan tiga mata,” ujarnya.

Piala Sumbangsih
Siaran Secara Langsung.





Selangor mln Kelantan

Jam: 8.30 Malam
Hari: Sabtu
Tarikh: 29 Januari 2011
Norshahrul Bikin Resah.




Kem Kelantan dalam keresahan setelah penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha dilaporkan mengalami kecederaan lutut.

Menurut sumber, penyerang skuad kebangsaan tersebut hampir pasti tidak dapat diturunkan dalam perlawanan Piala Sumbangsih kerana mengadu sakit pada bahagian lutut ekoran kecederaan lama sewaktu beraksi di Piala Asia.

Ketua jurulatih Kelantan, M. Karathu ketika diminta mengulas tentang perkara ini mengatakan bahawa dia masih berharap Norshahrul sempat pulih dari kecederaan untuk diturunkan menentang Selangor.

Bagi pengurus pasukan, Azman Ibrahim, kecederaan yang dialami penyerang utama tersebut menambah lagi derita Red Warriors selepas beberapa pemain utama lain turut dilanda masalah kecederaan panjang.

Sebelum ini, Khalid Jamlus, S. Subramaniam dan S. Chanturu turut mengalami kecederaan sewaktu menyertai perlawanan jelajah pra-musim.

Dengan kecederaan Norshahrul Idlan, Kelantan dijangka akan menggunakan dua pemain muda, Nidzad Ayub dan Ramzul Zahini untuk mengetuai jentera serangan Kelantan.

Tugas berat terpaksa dipikul dua pemain ini menggalas impian peminat untuk menyaksikan Piala Sumbangsih akan menjadi milik Kelantan buat kali pertama.

Jumaat, 28 Januari 2011

T-Team Ubah Venue Perlawanan.




Perlawanan pusingan pertama Piala FA diantara T-Team menentang Kelantan diubah ke Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Perkara ini disahkan sendiri Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nashirudin Shah terpaksa diubah ekoran kegagalan pihak pengurusan Terengganu membaiki padang dan lampu limpah seperti yang telah ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Satu kekecewaan buat semua penyokong T-Team tetapi berita gembira sebenarnya buat pasukan Kelantan kerana perlawanan ini sememangnya akan menjadi tumpuan ramai setelah isu yang melanda Sang Kijang dengan tiga pemain yang telah berhijrah kepada pasukan lawan tersebu
Rekod Pertemuan Kelantan dan Selangor
(1991-2010)

Berikut adalah rekod pertemuan lalu diantara Kelantan dan Selangor dalam saingan Liga Malaysia bermula pada tahun 1991 sehingga 2010.

- 1991 -

Semi Pro
Selangor 2-1 Kelantan
Kelantan 0-0 Selangor

Piala FA
Selangor 0-0 Kelantan (Pusingan Kedua (1)
Kelantan 1-1 Selangor (Pusingan Kedua (2)
Selangor 3-1 Kelantan (Pusingan Kedua (Ulangan)

(Stadium Merdeka) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 1992 -

Tiada Pertemuan

- 1993 -

Piala Malaysia
Selangor 0-0 Kelantan
Kelantan 2-0 Selangor

- 1994 -

Liga Perdana
Kelantan 4-1 Selangor
Selangor 2-2 Kelantan

Piala Malaysia
Kelantan 2-2 Selangor
Selangor 1-1 Kelantan

(Stadium Merdeka) (Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV)

- 1995 -

Liga Perdana
Selangor 2-2 Kelantan
Kelantan 1-2 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 1996 -

Liga Perdana
Kelantan 0-1 Selangor
Selangor 4-2 Kelantan

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 1997-

Piala FA
Pusingan 1 - Selangor 4-1 Kelantan
Pusingan 2 - Kelantan 2-2 Selangor
- Selangor layak agregat 6-3 -

Liga Perdana
Kelantan 1-0 Selangor
Selangor 3-0 Kelantan

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 1998 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 1999 -

Liga Perdana Dua
Selangor 0-0 Kelantan (Sistem Penalti: Kelantan menang 3-1)
Kelantan 4-0 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2000 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 2001 -

Liga Perdana Satu
Selangor 2-0 Kelantan
Kelantan 0-0 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2002 -

Liga Perdana Satu
Selangor 1-0 Kelantan
Kelantan 2-3 Selangor

Piala Malaysia
Selangor 1-1 Kelantan
Kelantan 1-4 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2003 -

Liga Perdana Satu
Selangor 3-3 Kelantan
Kelantan 4-3 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2004 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 2005 -

Piala FA (Suku Akhir)
Kelantan 1-1 Selangor
Selangor 5-4 Kelantan
(Selangor layak agregat 6-5)

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2006 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 2007 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 2008 -

Piala Malaysia
Selangor 4-1 Kelantan
Kelantan 5-2 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2009 -

Liga Super
Selangor 3-0 Kelantan
Kelantan 1-1 Selangor

Piala FA (Perlawanan Akhir)
Selangor 1-1 Kelantan
(Selangor menang penalti 4-1)

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Nasional Bukit Jalil)

- 2010 -

Liga Super
Selangor 1-1 Kelantan
Kelantan 0-0 Selangor

Piala Malaysia (Suku Akhir)
Selangor 0-0 Kelantan
Kelantan 3-0 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2011 -

Piala Sumbangsih
Selangor ?-? Kelantan

(Stadium Shah Alam)

RedsFC - Menulis..


Isu Panas Kembali Reda.

RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Kelantan turun menentang Selangor dalam misi mencari kejuaraan pertama saingan Piala Sultan Ahmad Shah 2011.

Ketika ini, isu panas yang melanda kem Sang Kijang sudah kembali reda setelah tindakan pantas dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Beberapa hari lalu, pasukan The Red Warriors dilanda ketidaktentuan selepas berlaku tiga kejadian tidak diduga dalam masa tidak sampai 36 jam.

Ketidak tentuan skuad Kelantan ekoran musibah berpanjangan membuatkan ramai penyokong Kelantan naik angin dan mengancam untuk melakukan kekecohan di Shah Alam bagi menunjukkan bantahan mereka kepada Persatuan induk Bola Sepak Malaysia.

Bermula dengan isu pengantungan B. Sathianathan, mereka sekali lagi dilanda kekecewaan apabila kehilangan hak keatas tiga pemain yang melanggar kontrak sebelum diumumkan bakal tidak beraksi dalam saingan Piala Sumbangsih kerana ketiadaan jurulatih berkelas 'A'.

Namun KAFA selaku persatuan yang menguruskan sukan bola sepak Kelantan bertindak segera merekrut bekas jurulatih berpengalaman yang pernah merantau ke luar negara, M. Karathu untuk mengemudi pasukan Kijang.

Selepas itu, Kelantan sekali lagi mendapat khabar gembira apabila kembali dibenarkan beraksi pada waktu malam selepas kerosakan yang berlaku di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV berjaya diperbaiki seperti yang telah ditetapkan.

Dan beberapa jam lalu, Presiden KAFA mengumumkan perlawanan pertama Piala FA diantara T-Team dan Kelantan pada bulan Februari akan diubah ke Kota Bharu selepas padang stadium di Kuala Terengganu tidak menepati saranan pihak Jawatankuasa bertindak FAM.

Catatan Popular