KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 10 Julai 2013

Tiada Perbincangan Dengan Johor DT


Azman Ibrahim
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim menafikan khabar angin yang menyatakan kapten pasukan itu, Mohd Badri Radzi akan berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), musim depan.
Ini kerana Azman yang juga pengurus pasukan Kelantan berkata, setakat ini tiada lagi tawaran atau perbincangan rasmi dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) terhadap pemain itu.
“Saya pun tak tahu khabar angin ini betul ke tidak, tapi setahu saya setakat ini tiada lagi perbincangan bersama dengan mana-mana pasukan lain.
“Lagipun, kontrak Piya (Badri) masih lagi berbaki enam bulan dan mengikut kontrak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mana-mana pasukan tidak boleh berbincang dengan pemain itu selagi tidak tamat kontrak.
“Dan perbincangan hanya boleh dilakukan selepas tamat kontrak dengan pasukan asal. Jadi saya tidak tahu itu khabar angin atau sebaliknya,” katanya semalam.
Semalam, khabar angin di laman Facebook mendakwa Johor DT sanggup menawarkan tawaran RM3 juta kepada Piya jika mahu bertukar angin ke pasukan Harimau Selatan itu musim depan.
Ketika ditanya kesahihan dakwaan itu, Azman bagaimanapun berkata: “Sekiranya Johor DT atau mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan pemain dari pasukan lain,  mereka harus mengikuti undang-undang yang ditetapkan oleh FAM.
“Tetapi setakat ini, saya ingin tegaskan tiada lagi tawaran itu seperti mana dilapor media sosial,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular