Piya
Piya
KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi menafikan beliau menerima ‘tawaran lumayan’ untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.

Sebaliknya Mohd Badhri atau dikenali Piya tampil menegaskan khabar angin tersebut karut semata-mata sambil turut melahirkan kekecewaan di atas tindakan pihak tertentu menyebar berita tidak berasas itu.

“Tumpuan saya ketika ini ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia. Saingan Liga-M pun tak habis lagi, jadi ini bukan masa yang sesuai untuk kita bercakap soal perpindahan pemain,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

“Saya minta pihak berkenaan hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah menerima tawaran sedemikian sama ada daripada JDT atau mana-mana pasukan lain sebagaimana tersebar di laman sosial," tegasnya.