KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 6 Julai 2012

Sukma : Tiada Nasib 
                                             
                                                           


Pengurus pasukan Bola Sepak SUKMA Kelantan, Encik Muhammad Yusri menyifatkan kekalahan kepada Kuala Lumpur 0-2 adalah kerana tiada nasib.

 Kita bolos awal tetapi kita berjaya memberi tekanan kepada pihak lawan namun akhirnya terpaksa akur kehilangan tiga mata selepas skuad ibu kota menjaringkan gol kedua hasil satu serangan balas. Kita tiada nasib biarpun lebih banyak menguasai perlawanan.

 Mengulas tentang corak persembahan pasukan, beliau menegaskan semua pemain berjaya menampilkan perwatakan bagus tetapi sikap tidak profesional beberapa pemain menjadi satu permasalahan besar.

 Mereka nyata menunjukkan sikap tidak matang dan darah muda menyaksikan hajat pasukan untuk meraih sesuatu pada perlawanan ini tidak kesampaian. Bagaimanapun, saya yakin Kelantan mampu mara ke suku akhir jika berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada 6 Julai depan.

 Kita tidak boleh seri atau bakal tersingkir dari kejohanan jika gagal mendapatkan mata penuh, jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular