KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 20 Julai 2012


Import Barisi Skuad Kelantan Lawan QPR


Kesemua pemain import yang dimiliki The Red Warriors akan diturunkan pada perlawanan menentang Queen Park Rangers di Stadium Shah Alam, malam esok.


Menurut maklumat yang diberikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook, Kelantan dijangka menurunkan dua pemain yang dipinjamkan kepada Kuala Lumpur, Zakaria Charara dan Emmanuel Okinne pada perlawanan tersebut.

Selain itu, mereka akan diperkuatkan dengan kehadiran dua tonggak baru, Keita Mandjou dan Mijo Dadic.

Kelantan turut memiliki Danny Antwi, Mohamad Ghaddar dan Obinna Nwaner untuk mengekang barisan Queen Park Rangers.

Kesemua mereka akan digandingkan bersama pemain tempatan dan skuad yang terkuat akan dimiliki Sang Kijang untuk mencapai sasaran tidak tewas kepada lawan dari England itu.

Sementara itu mengulas tentang target perlawanan, Annuar sekali lagi menegaskan akan memberi insentif sebanyak Rm50 ribu kepada pemain jika berjaya menewaskan skuad bimbingan Mark Hughes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular