KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 24 Julai 2012


Kelantan Sah Daftar Tiga Pemain Pinjaman Untuk Piala Malaysia dan AFC


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tiga pemain pinjaman dari Kuala Lumpur dan Sabah akan didaftarkan untuk saingan Piala Malaysia dan Piala AFC.

Menurut pengumuman yang dilakukan oleh beliau pada satu sidang media di Kuala Lumpur, ketiga-tiga pemain tersebut iaitu Aslam Najmudeen, Afiq Azmi (Kuala Lumpur) dan Mafry Balang (Sabah) akan memperkuatkan The Red Warriors dalam kedua-dua saingan tersebut.

Selain mereka, KAFA turut akan mendaftarkan dua pemain import, Keita Mandjou dan Mijo Dadic bagi menghadapi saingan suku akhir menentang Arbil SC pada Piala AFC.

Kemasukan dua pemain ini bagaimanapun tidak mencabar kedudukan pemain import lain dimana Obinna terus dikekalkan biarpun tidak dapat beraksi kerana pengantungan perlawanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular