KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 9 Julai 2012

Badri, Daudsu Digantung Perlawanan.


 Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi dan pertahanan kental, Daudsu Jamaluddin terlepas aksi Liga Super melawan Felda di Stadium Hang Jebat, malam esok.
     Kedua-dua pemain ini terpaksa melupakan perlawanan tersebut selepas menerima tiga kad kuning seterusnya terpaksa menjalani pengantungan automatik satu perlawanan. Menurut ketua jurulatih, Bojan Hodak, pengantungan dua pemain ditambah dengan beberapa kecederaan pemain menyukarkan beliau untuk menerapkan corak taktikal mantap.
         Namun, Bojan menegaskan bahawa dia akan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan melawan Felda tersebut. Selain itu, Kelantan turut ketiadaan peledak berbisa, Mohamad Ghaddar setelah pemain ini diberi cuti sehingga 18 Julai depan untuk pulang ke Lubnan bagi melangsungkan perkahwinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular