KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 19 Julai 2012


KAFA Kenakan Kupon Lihat Sesi Latihan TRW dan QPR.


Penyokong Sang Kijang boleh mendapatkan kupon yang disediakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menyaksikan bintang handalan Queen Park Rangers mengadakan sesi latihan tertutup di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Khamis ini.


Menurut Presiden, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook, skuad bimbingan Mark Hughes akan berlatih selama 90 minit bermula jam 5 petang pada hari tersebut.


Para penyokong yang ingin menyaksikan sesi latihan tetapi tidak memiliki tiket perlawanan seperti yang diumumkan sebelum ini boleh membeli kupon yang disediakan pihak KAFA berharga RM10 bagi tempat duduk astaka dan RM5 untuk tempat duduk terbuka.


Pada akhir sesi latihan tersebut, beberapa pemain QPR seperti Park Ji Sung, Fabio Da Silva, Djibril Cisse, Zamora dan ramai lagi akan turut mencabar pemain Kelantan dalam pertandingan sepakan penalti.

Selepas sesi latihan juga, kesemua pemain QPR akan bersama-sama pihak pengurusan mereka memberikan hadiah cenderahati kepada para peminat yang hadir. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular