KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 22 Julai 2012



Mencari pemain mantapkan skuad


HODAK sedang mengenal pasti beberapa pemain tempatan untuk ditawarkan tempat dalam skuad Kelantan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula bulan depan.


JUARA Liga Super dan Piala FA musim 2012 ,Kelantan berminat mendapatkan beberapa pemain tempatan untuk memperkuatkan skuad The Red Warriors itu bagi mempertahankan Piala Malaysia apabila saingan bermula bulan depan.
Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, beliau telah menemui beberapa pemain daripada pasukan Liga Malaysia yang gagal layak ke Piala Malaysia bagi membantu pasukan Pantai Timur itu mempertahankan kejuaraan buat kali kedua.
"Saya masih berharap untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain di luar Kelantan bagi membantu kami menjuarai Piala Malaysia musim ini," katanya ketika ditemui selepas pasukannya kalah 0-5 kepada pasukan Liga Perdana England (EPL), Queens Park Rangers (OPR) pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, Selangor malam kelmarin.
Mengulas penampilan sulung pemain import Guinea, Keita Mandjou pada perlawanan persahabatan itu, Hodak berkata, bekas penyerang Perak itu perlu bermain dalam beberapa perlawanan lagi bersama Kelantan sebelum beliau dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak tempatan.
"Beliau (Mandjou) baru tiba dari India beberapa hari lalu selepas berakhirnya liga di negara itu. Saya tidak mahu memaksa beliau bermain pada tahap maksimum penuh," kata jurulatih berusia 41 tahun itu.
Selain Mandjou, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) juga mengikat empat lagi pemain import iaitu Mijo Dadic (Croatia), Dennis Antwi dan Emmanuel Okine, kedua-duanya dari Ghana, dan Zachariah Charara dari Lebanon.
Kesemua muka baru itu dibawa masuk untuk memantapkan pasukan Kelantan dalam menghadapi saingan suku akhir Piala AFC menentang Arbil FC dari Iraq pada September ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular