KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 24 Julai 2012


Rumours : Perlis Berminat Bawa Pulang Azizi Mat Rose


Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berminat menawarkan tempat kepada pemain pertahanan pasukan Kelantan, Azizi Mat Rose.


Menurut Presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim kepada akhbar Harian Metro, persembahan buruk Perlis sehingga tersingkir ke saingan Liga FAM membuatkan pihak pengurusan bersetuju membina pasukan baru yang lebih mantap.

Justeru itu, beberapa nama berpengalaman yang pernah mewakili Perlis termasuklah Azizi Mat Rose akan ditawarkan kontrak untuk mewakili Singa Utara pada kempen Liga Malaysia musim depan.

Azizi menampilkan persembahan cemerlang pada tahun pertama mewakili Kelantan sebelum berhijrah menyertai T-Team musim lepas. 

Pada tahun ini, Azizi kembali bersama The Red Warriors tetapi hanya bermain sekali sahaja ketika tumpas kepada Negeri Sembilan pada Piala Sumbangsih sebelum mengalami kecederaan serius sehingga penghujung musim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular