KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 12 Julai 2012


Empat Pemain Dipanggil Sertai Harimau Malaya.


Empat pemain The Red Warriors dipanggil menyertai kem latihan Harimau Malaya sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan persahabatan melawan kelab Liga Perdana Inggeris.


Menurut laporan, Khairul Fahmi Che Mat mengetuai senarai panggilan dari pasukan Kelantan bersama dengan Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam dan Shakir Shaari bagi sesi latihan pusat sebelum beraksi melawan Arsenal dan Manchester City.

Keempat-empat dari mereka akan bersaing bersama 23 lagi pemain yang turut dipanggil seterusnya merebut tempat menyertai skuad untuk sesi latihan luar negara yang akan diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 4 hingga 16 Ogos depan.

Seorang lagi pemain Sang Kijang, S. Chanturu tersisih selepas mengalami kecederaan serius. Dia yang telah terpilih sebelum ini terpaksa diketepikan oleh pihak pengurusan skuad negara.

Sementara itu, khabar bertiup kencang dalam kem pasukan kebangsaan dimana ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi bakal dipanggil mewakili skuad negara ke pertandingan Piala JAVA di Indonesia.

Badri dikatakan akan menyertai skuad itu selaku pemain senior bersama penyerang Terengganu T-Team, Mohd Faiz Subri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular