KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 25 Julai 2012


Rumours : Bojan Mahu Jadi Jurulatih Sriwijaya FC - Goal.Com


Menurut laman sukan Goal.com [Link], ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak melalui ejennya telah menemui pihak pengurusan Sriwijaya FC untuk melatih kelab Indonesia itu pada musim depan.

Menurut ejen itu, Bojan berkeinginan untuk menyertai kelab itu dan telah mengirimkan biodata ringkas kepada Direktur Teknik dan SDM PT SOM, Hendri Zainuddin.


Berdasarkan laporan, pihak pengurusan Sriwijaya nyata teruja dengan keinginan Bojan kerana jurulatih ini sudah menunjukkan bukti dengan membawa The Red Warriors menjulang dua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia.

Beliau memiliki prestasi bagus,  membawa Kelantan juara Liga Super dan Piala FA selain membantu pasukan tersebut mara sehingga ke saingan suku akhir Piala AFC, jelas Hendri.

Keinginan Bojan untuk melatih Sriwijaya FC bagaimanapun perlu menunggu pesetujuan daripada presiden kelab iaitu Dodi Redza Alex.

Pada perkembangan sama, para penyokong Andalas Eagle nyata tidak bersetuju dengan keinginan Bojan untuk melatih pasukan mereka pada musim depan.

Mereka beranggapan, ketua jurulatih ketika ini, Kas Hartadi sudah menunjukkan prestasi yang baik selain telah membantu mereka muncul juara dalam ISL 2011/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular