KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 7 Oktober 2010

Sang Kijang Padam Kritikan.






Kelantan mengganas setelah dikritik hebat oleh peminat setia mereka sebelum ini.

Empat gol yang dijaringkan sudah cukup untuk memuaskan hati hampir 15 000 penyokong setia Kelantan yang membanjiri stadium keramat mereka di Kota Bharu, malam tadi.

Selepas permulaan hambar, gaya taktikal dan corak permainan Kelantan mulai berubah serta semakin meningkat dan memberikan pulangan berbaloi kepada penyokong yang hadir.

Pemain kelihatan bersemangat untuk memecahkan benteng yang dilakukan PKNS setelah kelihatan pasukan pelawat hadir bagaikan mahu mencari satu mata.

Setiap pemain yang diturunkan memberi aksi kemas malah berjaya memberi tekanan kepada pemain pasukan pelawat untuk melakukan kesilapan demi kesilapan mudah.

Lebih menonjol, permainan hebat Farisham Ismail di posisi pertahanan kanan mendapat pujian menggunung dari peminat yang hadir.

Selain menjaringkan satu gol dan satu hantaran gol kepada Akmal, dia tampil menyengat bersama Rizal Fahmi dan Azizi untuk mempertahankan kubu pasukan dari dicerobohi.

Oleh itu, kejayaan besar ini diharapkan menjadi pendorong kepada semua pemain agar sentiasa memberikan aksi terbaik seperti ditonjolkan pada perlawanan malam tadi.

Cuma masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian kerana mungkin perkara ini akan memusnahkan impian Kelantan untuk ke suku akhir.

Diharapkan kelemahan yang ditunjukkan dapat diperbaiki pihak kejurulatihan sebelum bertandang ke ibukota menentang skuad Highway Warriors pada hari Sabtu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular