KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Saingan Kumpulan Masih Terbuka



Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia masih lagi terbuka dimana kebanyakan pasukan berpeluang untuk melayakkan diri.

Berdasarkan tiga perlawanan awal, kebanyakan pasukan masih lagi tercari-cari rentak untuk mara.

Kedudukan teratas Kumpulan A dipimpin Negeri Sembilan apabila mereka berjaya mengutip tujuh mata meninggalkan Kelantan dengan hanya empat mata. PKNS pula mencipta satu kejutan apabila berjaya mendapat tiga mata untuk kedudukan ketiga dan KL Plus pula ditangga terakhir apabila hanya mampu mengutip dua mata.

Bagi kumpulan B, Pahang selesa mendahului carta apabila mencatatkan kemenangan kedua menewaskan Kuala Lumpur, malam semalam untuk mengutip enam mata. Namun Sabah dan Kuala Lumpur masih berpeluang untuk melepasi peringkat kumpulan apabila masing-masing mengutip lima dan empat mata. Terengganu pula menafikan ramalan awal bahawa mereka mudah melepasi saingan kumpulan apabila hanya mampu mengutip satu mata untuk berada di kedudukan tercorot.

Johor FC dan Kedah pula bersaing hebat di kumpulan C untuk merebut juara kumpulan apabila dua pasukan ini masing-masing mengutip lima mata dalam tiga perlawanan. Di kedudukan ketiga, ATM masih gah dengan mengutip tiga mata meninggalkan Perak di tangga keempat dengan hanya satu mata.

Felda United selaku juara Liga Perdana menepis ramalan awal akan menjadi antara pencabar terhebat apabila mereka tewas semua perlawanan dalam kumpulan D untuk berada di tangga terbawah di belakang Perlis, T-Team dan Selangor. Singa Utara yang diwakili beberapa pemain ternama turut gagal mencabar apabila hanya dapat mengaut tiga mata manakala T-Team meneruskan rekod cemerlang mereka selepas Liga Super apabila mengutip enam mata mengekori Selangor yang hebat di persada dengan sembilan mata.


Dalam tiga perlawanan yang telah dilalui, hanya Selangor benar-benar selesa berada di puncak apabila mencatatkan kemenangan dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan.

Manakala saingan lain-lain kumpulan masih lagi terbuka dimana kesemua pasukan masih berpeluang untuk melepaskan diri ke saingan kalah mati.

Penentuan lapan pasukan yang akan mara ke suku akhir bermula Ahad ini. Dapatkah pasukan pilihan menepati ramalan layak ke pusingan seterusnya atau pasukan bukan pilihan akan mencipta kejutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular