KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 10 Oktober 2010

Norshahrul Idlan Masih Berbisa.



Norshahrul Idlan Talaha menamatkan kemarau jaringan berpanjangan apabila menghasilkan dua gol dalam perlawanan Piala Malaysia menentang KL Plus, malam tadi.

Rentetan perlawanan tanpa jaringan menyebabkan pemain ini dikritik hebat penyokong Kelantan, akhir-akhir ini.


Kali terakhir Norshahrul menjaringkan gol buat Sang Kijang ialah pada perlawanan pusingan pertama Liga Super dan selepas itu dia bagaikan kehilangan bisa didepan gawang.


Namun, Norshahrul Idlan membuktikan sekali lagi bahawa kehadirannya dalam skuad Sang Kijang memberi pulangan lumayan kepada pasukan.

Pertunjukan hebat Norshahrul menentang KL Plus mengundang pujian melangit dari penyokong serta pengkritik sukan tanah air dan mereka mahu jaringan ini membuka kembali nafsunya untuk merobek gawang pasukan lawan.

Dua jaringan cantik yang dihasilkan pada minit ke-35 dan 40 diharap dapat memberikan keyakinan baru buat pemain ini untuk terus melakarkan jaringan dalam perlawanan seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular