KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 7 Oktober 2010

Kemenangan Bermakna Untuk Semua!

emel

Kemenangan 4 - 0 keatas PKNS kembali memberi harapan kepada The Red Warriors mara ke suku akhir. Jaringan pertama Farisham Ismail pada minit ke 28 telah mula memberi keyakinan kepada pemain lain untuk mempamerkan aksi yang cemerlang pada malam tadi. Jaringan kedua oleh Akmal Rizal pada minit ke 54, disusuli jaringan ketiga oleh Mohd Badhri Radzi pada minit ke 77 dan Indra Putra melengkapkan jaringan keempat Kelantan pada minit ke 81. Gandingan dan persembahan mantap pemain pada malam tadi dilihat lebih bertenaga dan menjadi.


B Sathinathan ketika mengulas mengenai perlawanan ini, beliau harap kemenangan pada malam tadi berjaya menutup pandangan sinis penyokong Kelantan kepada beliau dan pemain Kelantan. Beliau juga berbangga dengan persembahan anak buahnya yang begitu hebat mengharungi 90 minit perlawanan dibawah tekanan yang amat dahsyat. Beliau dengan nada sinis masih tidak berpuashati dengan keupayaan prestasi dibawah prestasi sebenar pemainnya, namun kemenangan ini amat bermakna dalam sejarah beliau menjadi jurulatih.Beliau juga menyatakan pemain perlu bersedia dengan pasukan mana pun yang akan bertemu di suku akhir nanti dan menganggap semua pasukan sehebat Selangor yang perlu diberi tentangan sengit demi penyokong setia Kelantan.

Semua penyokong dan pemain Kelantan diseru tidak alpa dengan kejayaan ini kerana masih ada satu perlawanan yang perlu ditamatkan selain tidak terlalu memperlekeh penyokong pasukan lawan disebabkan terlalu kagum dengan pasukan kita. Perlawanan menentang KL Plus di Stadium MBPJ Kelana Jaya masih memerlukan sokongan padu para penyokong. Ayuh kita penuhkan stadium MBPJ dengan warna merah putih warna kebanggaan kita. Pastikan jumlah kehadiran ini lebih 3 kali ganda daripada jumlah kehadiran penyokong ketika menentang KL Plus pada saingan liga super lalu.

BERSAMA KITA SENTIASA BERDOA DAN SUJUD SOLAT DEMI KEMENANGAN DAN KEBERKATAN BERTERUSAN THE RED WARRIORS.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular