KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 5 Oktober 2010

Kelantan Perlu Lebih Konsisten.


Rekod cemerlang Kelantan sepanjang tahun 2010 semakin tercalar apabila gagal menampilkan persembahan konsisten dalam setiap perlawanan yang dilalui setakat ini.

Kejayaan yang diraih Kelantan dalam Liga Super gagal diteruskan dalam Piala Malaysia setelah empat perlawanan dilalui.

Ketika pasukan pilihan lain gah menerajui kumpulan masing-masing, Sang Kijang pula menunjukkan prestasi merudum menyebabkan kedudukan mereka dalam kumpulan semakin terancam.

Hanya mampu mengutip lima mata, Kelantan mengenepikan ramalan awal bahawa mereka mudah melangkah ke suku akhir.

Tidak pasti apa yang berlaku dengan pemain Sang Kijang sewaktu ini.

Mereka tampil lemah setelah melalui saingan panjang liga dengan gemilang. Mereka mencatatkan rekod tanpa kalah di gelanggang lawan malah menjadi pasukan paling sedikit bolos.

Benteng pertahanan Kelantan diibaratkan kubu paling kuat di Malaysia kerana melepaskan beberapa gol sepanjang 26 perlawanan liga tetapi apabila menjejakkan kaki dalam kancah piala, mereka mudah dibolosi pasukan lawan.

Mereka menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada pasukan lawan.

Begitu juga dengan jentera tengah dan serangan Kelantan, prestasi mereka mula dipertikaikan. Kehadiran pemain berpengalaman turut gagal menyumbang kepada jaringan gol.

Kegagalan mengekalkan konsentrasi dalam perlawanan mengakibatkan impian ke perlawanan kalah mati semakin menjauh.

Tekanan semakin memuncak kerana dalam dua perlawanan terakhir, enam mata maksimum diperlukan skuad Kelantan.

Jika gagal, kesudahan amat perit buat Red Warriors kerana menjadi pasukan bintang pertama gagal melepaskan diri ke suku akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular