KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 4 Oktober 2010

Bukan Lagi Mendebarkan, Ianya Mengerikan! Keluh Penyokong


Malam ini Zairul Fitree dan Akmal Rizal dinobatkan hero penyelamat bagi The Red Warriors. Jaringan Sang Rusa oleh Shahurain Abu Samah yang mendapat lolosan baik S. Kunalan pada minit ke 21 sudah mampu membuat keadaan di sebelah penyokong Kijang terdiam seketika, ditambah lagi gol tendangan penalti Negeri Sembilan yang diambil oleh Abd Halim Zainal pada minit ke 66 menambah perit kedukaan penyokong Sang Kijang.

Namun tindakan bijak Ketua jurulatih yang memasukkan Akmal Rizal dan Norshahrul dilihat menjadi dan memberikan kelebihan pada aksi Kelantan pada babak separuh masa kedua. Jaringan pembukaan Kelantan oleh Zairul Fitree pada minit ke 70 dan selang dua minit oleh Akmal Rizal sudah mampu meredakan ketegangan perlawanan malam ini.

Pengadil pada malam ini sudah pasti akan menjadi mangsa ejekan oleh penyokong Negeri Sembilan yang kehilangan pemainnya Rahman Zabul dan ketua jurulatihnya Wan Jamak yang dilayang kad merah yang sememangnya menjadikan keadaan amat tegang di kedua-dua pasukan. Aksi terjahan keras kedua-dua pasukan membuat semua pengadil berkerja keras memantau keadaan. Balingan objek ke arah pengadil seperti tembakan M-16 yang menembak pengadil.

Walaupun Kelantan seri memberi sedikit kelegaan pada penyokongnya, berita tidak mengembirakan diterima apabila PKNS Selangor berjaya menundukkan KL Plus 3 berbalas 2, seterusnya menjarakkan jurang mata dan memintas kedudukan tangga kedua kumpulan A yang dipegang Kelantan kepada jurang mata 1 mata iaitu 8 mata untuk Negeri Sembilan, 6 mata untuk PKNS Selangor, 5 mata untuk Kelantan.

Ramai memuji barisan separuh masa kedua Kelantan yang sepatutnya disusun seawal separuh masa pertama lagi kerana separuh masa kedua 75% Kelantan berjaya menyusun gerakan dengan baik. Ternyata B. Sathiananthan dan seluruh peminatnya mampu menarik nafas lega kerana beliau terselamat dari sumpahnya yang akan letak jawatan sekiranya Kelantan tewas. Tahniah dan terima kasih buat semua penyokong dan pemain Kelantan yang bertungkus lumus pada malam ini.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular